Publication: Persepsi Pengundi Muda Terhadap Memes Politik, Undi18 dan Isu-isu 3R pasca Pilihan Raya Umum 15
Loading...
Date
2024-05-31
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
<jats:p>Abstrak: Ikhtiar Malaysia Madani hasil idea PMX adalah merupakan satu lagi hasrat pengukuhan pembinaan negara bangsa Malaysia. Konsep ini memberikan penumpuan kepada tadbir urus yang baik, pembangunan mapan dan juga keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Namun Malaysia Madani ini akan hanya tinggal sebagai retorik politik semata-mata jika politik memes yang negatif, manipulasi ke atas Undi 18 dan isu berkaitan 3R tidak dapat dikawal dengan baik oleh pihak kerajaan. Dengan penggunaan media sosial sebagai medium perantaraan, pengundi muda adalah merupakan taruhan terbaik parti-parti politik menyebarkan politik propaganda mereka. Ia menjadi semakin parah apabila ketiga-tiga faktor yang disebut kerap dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semasa pilihan raya. Makalah ini secara kolektif akan melihat persepsi pengundi muda terhadap ketiga-tiga faktor tersebut berdasarkan pasca PRU 15 dan PRN 2023. Menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif, soal selidik secara rentas digunakan terhadap 400 orang responden berumur 18 sehingga 25 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pengundi muda terhadap memes politik adalah sederhana positif, manakala persepsi terhadap Undi 18 adalah positif yang tinggi, dan persepsi terhadap isu-isu 3R adalah negatif. Maka dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga dimensi yang dikaji ini mempunyai magnitudnya yang tersendiri. Malah adalah tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan antara cabaran getir yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan dalam pengukuhan agenda Malaysia Madani.
Abstract: Malaysia Madani, the idea of PMX is another intention to strengthen Malaysia’s nation-building. This concept focuses on good governance, sustainable development, and the harmony of the plural society in the country. However, Malaysia Madani will only remain as political rhetoric if the politics negative of memes, manipulation of the Undi 18 and issues related to 3R cannot be controlled adequately by the government. With social media as an intermediate medium, young voters are the best bets for political parties to spread their propaganda politics. It worsens when unscrupulous parties regularly play all three so-called factors during elections. This article will collectively look at young voters’ perception of all three factors based on the post-GE 15 and the recent PRN 2023. Using the quantitative study design, the cross-examination was used on 400 respondents aged 18 to 25. The findings found that young voters’ perception of political memes was moderately positive, perception of Undi 18 were positive, while perceptions of 3R issues were negative. As conclusion, these three dimensions studied have their own magnitude. In fact, it is undeniable that it is one of the challenges that the government must face in the strengthening of Malaysia Madani.</jats:p>
Description
Sains Insani, Volume 9 Issue 1 Page (56-61)
Keywords
Politik, Pilihan Raya, Toleransi, Dasar Malaysia, Modenisasi
Citation
Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar. (2024). Persepsi Pengundi Muda Terhadap Memes Politik, Undi18 dan Isu-isu 3R pasca Pilihan Raya Umum 15 : Perception of the Young Voters on Political Memes, Undi18 and 3R issues in the post 15th General Election. Sains Insani, 9(1), 56-61. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol9no1.605