Options
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Jumlah Feeliah (Ayat Verbal) Dalam Kalangan Pelajar Universiti
Date Issued
2025
Abstract
Kemahiran menulis dianggap sebagai penanda aras penguasaan terhadap sesuatu bahasa. Ia merupakan hasil akhir selepas pelajar menguasai kemahiran mendengar, membaca, dan bertutur. Untuk menghasilkan penulisan yang baik memerlukan kosa kata yang mencukupi, struktur ayat yang lengkap, dan susunan idea yang teratur. Dalam penulisan ayat Bahasa Arab, membina jumlah feeliah (ayat verbal) adalah salah satu komponen yang penting. Kaedah pembinaan jumlah feeliah perlu mengambil kira beberapa aspek seperti bentuk bilangan ( الإفراد والتثنية والجم ع ), jantina kata (التذكير والتأنيث ) dan lain-lain. Justeru, kajian ini ingin mengenalpasti tahap kebolehan pelajar dalam membina jumlah feeliah. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan data dalam bentuk nombor dan analisis kuantitatif. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dan seramai 22 orang pelajar terlibat sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan pelajar dalam membina jumlah feeliah berada pada tahap lemah. Pelajar disaran untuk memperbanyak bacaan teks Bahasa Arab, mengumpul kosa kata, dan melakukan latih tubi dengan bimbingan pengajar dalam meningkatkan kemahiran menulis Bahasa Arab.
File(s)
Loading...
Name
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Jumlah Feeliah (Ayat Verbal) Dalam Kalangan Pelajar Universiti.pdf
Size
547.43 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1bb52300ec178c9426756dc5b4a3be8d