Publication:
Tinjauan Ke Atas Hubungan Di Antara Motivasi Dengan Transformasi Budaya Kehidupan Dalam Kalangan Pelajar Baharu Di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

dc.contributor.authorKhairul Anuar Abdul Rahmanen_US
dc.contributor.authorMuhammad Syarif Arshaden_US
dc.contributor.authorMohd Bekri Rahimen_US
dc.contributor.authorFaizal Amin Nur Yunusen_US
dc.contributor.authorSuhaizal Hashimen_US
dc.contributor.authorNizamuddin Razalien_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:06:33Z
dc.date.available2024-05-30T09:06:33Z
dc.date.issued2021
dc.descriptionProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysiaen_US
dc.description.abstractPengenalan- Pelajar-pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang baru menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mempunyai masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini mempunyai perkaitan dengan tahap motivasi pelajar yang berkait dengan perubahan dalam gaya kehidupan seharian mereka. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar di peringkat universiti. Methodologi – Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor diri dan ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Dapatan – Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi sebanyak 4.05 iaitu pada tahap tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan sebanyak 3.74 yang juga pada tahap tinggi. Seterusnya, dapatan ini digunakan bagi menjalankan analisis statistik inferensi bagi tujuan mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar. Pengkaji telah menggunakan ujian Spearman’s Rank Correlation bagi tujuan ini. Berdasarkan ujian, nilai korelasi adalah sebanyak 0.55 bermakna kedua-dua pembolehubah mempunyai korelasi positif yang kuat. Kepentingan – Dapatan ini penting kepada ibu bapa dan keluarga, masyarakat dan komuniti serta pihak universiti dalam menyedari cabaran yang pelajar baharu hadapi sebagai pelajar di universitien_US
dc.identifier.epage201
dc.identifier.isbneISBN: 9789674408855
dc.identifier.spage195
dc.identifier.urihttps://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/view
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18155
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFakulti Pengajian Bahasa Utama, USIMen_US
dc.relation.conferenceProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020)en_US
dc.subjectMotivasi, Transformasi Budaya Kehidupan, Korelasien_US
dc.titleTinjauan Ke Atas Hubungan Di Antara Motivasi Dengan Transformasi Budaya Kehidupan Dalam Kalangan Pelajar Baharu Di Institut Pengajian Tinggi (IPT)en_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Tinjauan Ke Atas Hubungan Di Antara Motivasi Dengan Transformasi Budaya Kehidupan Dalam Kalangan Pelajar Baharu Di Institut Pengajian Tinggi (IPT).pdf
Size:
163.88 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: