Options
Pengajian Hadith oleh Dr Rozaimi Ramle melalui Hantaran di Facebook
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Muhamad Zafran bin Jaafar
Muhamad Iqbal bin Ashari
Mohammad Syazri bin Jaim
Abstract
Seiring dengan reformasi pesat produk teknologi dan sistem automasi yang jauh lebih pintar dan moden, pengajian hadith di Malaysia kini mudah diakses melalui mata tabloid tanpa batasan. Kewujudan mata tabloid seperti Facebook menjadi wasilah kepada para akademik dalam bidang hadith seperti Dr. Rozaimi Ramlee pada hari ini untuk berkomunikasi dengan golongan sasaran mereka dengan lebih rapat dan mesra mengenai hadith. Kombinasi antara elemen pengajian hadith dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah melalui postingan-postingan yang menarik seperti memuat naik penulisan, perkongsian visual, video serta audio. Metod yang digunakan dalam penulisan kertas kerja ini ialah metod penelitian deskriptif kuantitatif dengan menggunakan Teknik Analisis Isi (Content Analysis). Analisis isi dalam penelitian ini untuk meneliti hantaran pengajian hadith yang telah dimuat naik oleh Dr. Rozaimi Ramle melalui akaun Facebook beliau. Dalam konteks ini, penulisan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mengkaji kualiti hantaran pengajian hadith yang telah dimuat naik oleh Dr. Rozaimi Ramle di Facebook beliau. Penulis cuba meneliti dan menganalisis keberkesanan isi pengajian hadith yang telah dimuat naik oleh Dr. Rozaimi Ramlee melalui hantaran dan perkongsian di akaun Facebook beliau disamping kebaikannya kepada masyarakat, khususnya umat Islam di Malaysia. Selain itu, penulis juga cuba mengkaji tentang penerimaan masyarakat tentang isi pengajian hadith yang telah dimuat naik oleh Dr Rozaimi Ramle. Kesimpulannya, kewujudan platform Facebook pada hari ini memudahkan masyarakat dalam mendalami serta mempelajari ilmu hadith dengan lebih mudah. Justeru, menerusi kajian ini diharapkan dapat menarik minat masyarakat untuk terus konsisten dalam mengikuti pengajian hadith dari Dr. Rozaimi Ramlee atau mana mana pengajian hadith lain di media sosial.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
PENGAJIAN HADITH OLEH DR ROZAIMI RAMLE MELALUI HANTARAN DI FACEBOOK.pdf
Size
867.02 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):48f52924a975d311f749d760ebe9cf7b