Publication:
Menjadikan Zakat Sebagai Nafkah Keluarga

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021-09-09

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Zakat memiliki peranan yang penting dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi dan kestabilan masyarakat. Antara maqasid Syariah yang terkandung dalam pembayaran zakat adalah untuk memenuhi keperluan orang yang memerlukan sokongan kewangan disebabkan keadaannya yang dalam situasi kekurangan. Dan Islam memberikan galakan untuk mengutamakan sanak kerabat dalam pemberian bantuan kewangan yang mencakupi sedekah serta zakat untuk menjaga ikatan silaturahim, serta untuk mewujudkan perpaduan sosial. Dalam situasi kegetiran dunia sekarang ini yang sedang berjuang bertungkus lumus memerangi serangan pandemik COVID-19, yang pada asalnya menyerang sistem kesihatan manusia, dan selanjutnya menyerang sistem ekonomi negara yang menyebabkan ramai kepala keluarga yang kehilangan pekerjaan dan tidak mampu menjalankan kewajibannya memberikan nafkah kepada keluarga, maka sistem zakat yang merupakan salah satu rukun ketiga Islam dapat menjadi jalan keluar bagi mengatasi permasalahan ekonomi yang tengah dihadapi oleh pelbagai negara pada saat ini. Kata kunci: zakat, isteri, nafkah keluarga.

Description

Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Keywords

zakat,, isteri,, nafkah keluarga.

Citation

Collections