Publication:
Cadangan Kaedah Hafazan Tematik Dengan Kurikulum Pendidikan Pintar Berbakat Integrasi Naqli Dan 'Aqli Kepada Murid Pintar Berbakat Di Kolej Genius Insan USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Untuk merealisaikan visi Kolej GENIUS Insan (KGI), USIM iaitu menjadi pusat pembudayaan pendidikan Ilmu Naqli Aqli supaya dapat melahirkan sarjana Muslim unggul berkaliber, KGI telah meletakkan sebaik-baik asas sokongan pembentukan disiplin iaitu dengan Pendidikan al-Quran. Artikel ini menjelaskan proses pelaksanaan kaedah hafazan tematik dengan Pendidikan Pintar Berbakat Integrasi Naqli Aqli yang baru diperkenalkan pada tahun 2021. Ia dinilai daripada sudut kelebihan kaedah Tematik berbanding kaedah konvensional dan dalam masa yang sama komponen Pendidikan Murid Pintar Berbakat tidak diabaikan. Artikel ini menggunakan kaedah kajian tindakan (action research) melalui beberapa pelan tindakan yang merangkumi perancangan, pelaksanaan dan merefleksi. Hasil kajian awal mendapati kaedah hafazan tematik yang sedang diterapkan boleh meningkatkan prestasi murid di KGI agar menguasai hafazan, penulisan, pemahaman serta penghayatan cara hidup seorang Muslim berbanding kaedah konvensional atau sedia ada. Sehubungan dengan itu, kesepaduan ilmu yang diadun antara elemen Naqli dan Aqli dalam kaedah hafazan tematik adalah selari dengan pembentukan personaliti yang sempurna dan saling berintegrasi daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kata kunci: Hafazan Tematik, Integrasi Naqli Aqli, Murid Pintar Berbakat, Kolej GENIUS Insan

Description

Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords

Hafazan Tematik,, Integrasi Naqli Aqli,, Murid Pintar Berbakat,, Kolej GENIUS Insan

Citation

Collections