Options
Kes Pembuangan Bayi di Malaysia: Sejauh Manakah Penglibatan Pihak Lelaki
Date Issued
2023-12-23
Author(s)
Eilham Yasha Humaira Binti Abdul Fatah
Mohd Zamrus bin Mohd Ali
Abstract
Pembuangan bayi adalah salah satu gejala sosial yang banyak dibicarakan secara terbuka dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam tempoh 2018 hingga 2022, sebanyak 141 kes membabitkan janin manakala 302 lagi adalah bayi baharu lahir telah dicatatkan di Malaysia. Pembuangan bayi ini berlaku disebabkan tekanan hidup dalam kalangan mereka yang lemah pegangan agama dan juga faktor bawah umur. Walau bagaimanapun perspektif masyarakat kita sering mengaitkan kes pembuangan disebabkan atas faktor si ibu. Mungkin kerana perasaan malu, tidak bersedia atau tiada tempat pergantungan. Kajian ini meninjau sejauh mana pihak lelaki juga menjadi faktor pendorong kepada kes yang dikaji. Berdasarkan metodologi kajian kualitatif, maklumat yang akan diketengahkan akan memberi fokus kepada kes-kes yang berlaku di Malaysia yang melibatkan pelbagai etnik dan agama. Hasil kajian awal mendapati bahawa kes pembuangan bayi turut melibatkan pihak lelaki secara langsung atau tidak langsung. Kesimpulan kajian turut menuntut kepada hukuman berat kepada pihak lelaki yang didapati bersalah. Untuk hal ini peranan Kementerian Pembangunan Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) wajar mengambil langkah proaktif untuk mencari solusi mengikut cabaran arus semasa.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kes Pembuangan Bayi di Malaysia Sejauh Manakah Penglibatan Pihak Lelaki.pdf
Size
230.42 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a5e3361fb0067b2ccb21802c91276aa5