Publication: Pemupukan STEM Dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Abstract
Pengenalan- Perkembangan dunia yang mula berpaksikan Revolusi Industri 4.0 telah banyak
memberi impak kepada bidang pendidikan yang turut terpengaruh dalam mengadaptasikan ICT
dalam kurikulum. Trend terkini yang semakin kerap dibincangkan dalam pendidikan ialah
gamifikasi dalam pendidikan dengan menggunakan elemen robotik. Di Malaysia, terdapat
hanya sebilangan kajian yang membincangkan mengenai penggunaan robotik dalam
pendidikan dan impaknya kepada pelajar terutamanya pada peringkat sekolah rendah. Adalah
sangat penting untuk memahami peranan gamifikasi dengan robotik terhadap sikap dan
penglibatan pelajar dalam pembelajaran kerana penggunaan robotik atau gamifikasi
mempunyai potensi untuk memupuk minat pelajar dalam bidang STEM.
Objektif – Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan sejauh mana pendedahan
teknologi dalam bidang pendidikan dapat memupuk minat STEM dalam kalangan pelajar luar
bandar.
Methodologi – Kajian ini menfokuskan projek-projek minimalis robotik yang pernah dianjur
dan disertai oleh CERA sebagai model dalam menyumbang kearah pembangunan modul
berasaskan STEM.
Dapatan – Hasil dapatan terbukti bahawa penganjuran program yang berasaskan inovasi dan
teknologi mampu memberi kesan yang positif; misalnya dari aspek persepsi pelajar,
perkongsian ilmu antara guru-guru dan penggalakkan aktiviti berkolaborasi berasaskan STEM
dalam sesebuah komuniti.
Kepentingan – Dapatan kajian dalam kertas kerja ini dilihat dapat memberi panduan kepada
pihak sekolah dan universiti untuk membuat perancangan program berasaskan STEM yang
berkesan di sekolah atau universiti masing-masing untuk memupuk nilai-nilai STEM dalam
kalangan pelajar.
Description
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani
11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian)
Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia
Keywords
STEM, pendidikan, teknologi,, robotik, pelajar luar bandar.