We value your input! Please help us improve by filling out our feedback form.
Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INSAN JUNIOR RESEARCHERS INTERNATIONAL CONFERENCE (iJURECON)
  5. 2024 iJURECON
  6. Meneroka Kesedaran Tentang Kepentingan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim
 
  • Details
Options

Meneroka Kesedaran Tentang Kepentingan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim

Date Issued
2024
Author(s)
Aisar Wafiq Roslan
Universiti Sains Islam Malaysia 
Muhammad Akif Rizqi Mohd Azri
Universiti Sains Islam Malaysia 
Atiq Shihab Ahmad Kamalu Arridzuan
Universiti Sains Islam Malaysia 
Ammar Izzuddin Sulaym Amir Izzuddin
Universiti Sains Islam Malaysia 
Amnah Zanariah Abd Razak 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Trend umum dewasa kini tidak dapat lari daripada perkembangan Artificial Intelligence (AI) atau dikenali juga sebagai kecerdasan buatan di dalam bidang pendidikan. Individu yang tidak menghiraukan perkembangan AI ini akan ketinggalan zaman. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka tahap kesedaran pelajar pintar dan berbakat Muslim mengenai keperluan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan. Walaupun AI semakin diterima pakai dalam bidang pendidikan, kajian mengenai persepsi dan pemahaman pelajar pintar dan berbakat, terutamanya dalam konteks pelajar Muslim, masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang literatur tersebut dengan meneliti pemahaman pelajar mengenai pengetahuan asas AI, kegunaannya dalam pendidikan, manfaat yang diperoleh, cabaran yang dihadapi, peranan guru, serta isu etika dan privasi berkaitan penggunaan AI. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif melalui temu bual kumpulan berfokus ke atas tujuh orang responden pelajar pintar dan berbakat Muslim daripada tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Data yang diperoleh daripada temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama berkaitan kesedaran pelajar mengenai AI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar tentang AI adalah pelbagai; sesetengah pelajar mempunyai pemahaman yang mendalam sementara yang lain masih kurang faham tentang AI dan potensinya. Penggunaan AI dalam pendidikan diakui sebagai satu alat yang bermanfaat, terutamanya dalam mempercepatkan proses pembelajaran dan menyediakan sumber pembelajaran yang lebih meluas. Namun begitu, cabaran seperti kekurangan akses kepada teknologi, kekhuatiran tentang kehilangan peranan guru, serta isu etika dan privasi, turut dibangkitkan. Pelajar juga menyuarakan keprihatinan mengenai masa depan AI dalam pendidikan dan peranan guru dalam memastikan AI digunakan secara bertanggungjawab dan beretika. Kesimpulannya, kajian ini menyerlahkan kepentingan meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar mengenai AI dalam pendidikan, serta keperluan untuk memastikan penggunaan AI yang beretika dan menjaga privasi pelajar. Penemuan ini memberi implikasi kepada dasar pendidikan dan amalan pengajaran yang lebih menyeluruh dan inklusif dalam era digital.
Subjects

kecerdasan buatan (AI...

pelajar pintar dan be...

tematik

intervensi

kualitatif

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Meneroka Kesedaran Tentang Kepentingan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim.pdf

Size

248.04 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):4f878006daf133e1b982c94f701d9c5f

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia