Options
Fatwa Ajaran Sesat dari Sudut Undang-Undang dan Cabaran Pembanterasannya di Malaysia
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2011
Author(s)
Buang, A. H.
Abstract
Ajaran sesat merupakan satu tajuk penting dalam pengeluaran fatwa di Malaysia. Sungguhpun tajuk ini tidak menyentuh aspek hukum fiqh, kebanyakan fatwa rasmi seperti yang terkandung dalam warta kerajaan adalah menyentuh ajaran sesat. Apabila sesuatu ajaran itu dianggap sesat melalui fatwa, agensi kerajaan yang berkaitan terutamanya Jabatan Agama Islam akan mengambil langkah-langkah untuk menguatkuasakan fatwa berkenaan melalui pendakwaan terhadap individu yang terlibat dengan ajaran berkenaan. Ramai pihak beranggapan bahawa tindakan pendakwaan dalam kategori kesalahan ini agak sukar untuk disabitkan memandangkan kesukaran dalam masalah pembuktian dan prosedur. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan beberapa aspek dan isu fatwa mengenai ajaran sesat yang berkaitan dengan penguatkuasaan di Malaysia. Artikel ini juga akan menerangkan secara ringkas pendahuluan mengenai fatwa dan perkembangan mengenai penguatkuasaan fatwa ajaran sesat di Malaysia
File(s)