Options
Konsep Fatwa dan Cabaran Penguatkuasaannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2011
Author(s)
Azman Ab. Rahman
Abstract
Fatwa merupakan pemberitahuan sesuatu hukum kepada masyarakat setempat yang diperlukan dalam menghadapi persoalan semasa yang memerlukan kepada penyelesaian yang menepati tuntutan agama. Fatwa juga memainkan peranan penting menyelesaikan kekeliruan dan kekusutan yang dihadapi oleh umat Islam. Sebarang kekeliruan dan masalah yang timbul dapat diatasi dengan fatwa, dan ini seterusnya sudah tentu akan memberikan satu kepuasan kepada umat Islam setempat dan seterusnya mereka akan dapat melakukan aktiviti harian dengan baik dan sempurna. Artikel ini akan membincangkan konsep fatwa dan cabaran penguatkuasaannya setelah diwartakan berdasarkan kepada akta pentadbiran undang-undang Islam Wilayah Persekutuan. Di samping itu, penulis akan mengenalpasti pihak yang bertangungjawab dalam menguatkuasakan sesuatu fatwa itu setelah diwartakan. Hasil daripada artikel ini penulis mendapati penguatkuasaan fatwa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih di tahap yang rendah dan lemah. Antaranya adalah disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terutama dari segi bilangan kakitangan yang tidak mencukupi dan kaedah penyebaran fatwa kepada masyarakat yang tidak sistematik dan tersusun. Diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat Islam tentang perlaksanaan penguatkuasaan fatwa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara khususnya dan pihak- pihak yang berkenaan dalam meningkatkan peranan fatwa dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul secara umumnya.
File(s)
Loading...
Name
Konsep Fatwa dan Cabaran Penguatkuasaannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.pdf
Size
388.06 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3975be9516fc24a8ec268f8df90b0be0