Publication:
Kesan Awal Pandemik Terhadap Pembiayaan Oleh Bank-Bank Islam Pada Sektor Pembinaan Di Indonesia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pada awal Februari 2020, berita telah mengumumkan melalui seluruh saluran media bahawa sejenis virus baharu iaitu Coronavirus 2019 atau nama singkatannya iaitu COVID-19 telah ditemui dan tersebar di daerah Wuhan, China. Pada awalnya, virus ini dikenali dengan nama virus Wuhan iaitu dari tempat asal ianya merebak. Walaubagaimanapun sebulan kemudian, seorang pesakit telah ditemui di Indonesia iaitu di Depok dan dengan pantas telah merebak ke seluruh Jakarta. Tindakan awal telah diambil oleh gabenor Jakarta, dengan melaksanakan Perintah Kendali Pergerakan (PKP) di Jakarta bermula pada pertengahan Mac dan kemudian dilanjutkan kepada penangguhan aktiviti-aktiviti ekonomi hampir keseluruhan sektor di Indonesia., Namun begitu, hanya lima belas sektor yang dibenarkan beroperasi dan salah satunya adalah sektor pembinaan. Persoalannya bagaimanakah situasi pandemik COVID-19 ini telah mempengaruhi pembiayaan bank-bank Islam terhadap sektor pembinaan? Kajian ini akan menggunakan data sekunder daripada laporan sedia ada seperti statistik bank Indonesia dan laporan pembinaan industri bagi membantu membuat keputusan kepada pihak berkepentingan dalam menangani persoalan kajian.

Description

3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)

Keywords

Indonesia, pandemik COVID-19, bank-bank Islam, sektor pembinaan, pembiayaan Islam.

Citation

Collections