Publication: Konsep Jihad Dan Mujahadah Dalam Pengukuhan Spiritual: Mendepani Cabaran Pendamik Covid19
Loading...
Date
2021-10-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Selaku khalifah Allah di muka bumi, manusia dibekalkan dengan Quran sebagai panduan dalam mencatur perjalanan hidup manusia ke arah memakmurkan muka bumi Allah. Justeru Quran merupakan sebuah kitab suci yang lengkap dan menyentuh segala aspek kehidupan manusia, mencakupi persoalan aqidah, syariah, muamalat, akhlak dan lain-lain aspek kehidupan. Begitu juga halnya dalam mendepani cabaran semasa dan tekanan hidup mendatang sepanjang zaman. Setiap isu yang disentuh oleh Quran mempunyai nilai keutamaan dan kepentingan tersendiri, sama ada disentuh secara langsung mahupun sebaliknya. Di antara agenda yang dibawa oleh Islam, ialah untuk menjana modal insan yang berkualiti dan seimbang dari sudut rohani dan fizikal. Agenda utama pembentukan jiwa dan pengukuhan rohani penting dalam membantu manusia untuk berhadapan dengan cabaran kehidupan sama ada berbentuk kesusahan mahupun kenikmatan dunia. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengetengahkan konsep pembentukan jiwa dan pengukuhan rohani yang dianjurkan oleh Quran, iaitu dan Sunnah melalui konsep” Jihad dan Mujahadah” . Penulis memberikan penumpuan khusus terhadap pengkajian berhubung Mujahadah, melalui analisis tematik terhadap teks Quran serta dikuti dengan penghuraian para ulama berhubung dengan topik. Kertas kerja ini mengetengahkan kepentingan Mujahadah dalam pengukuhan spiritual insan menurut Quran ke arah pembentukan insan kamil. Tuntutan Mujahadah sebagaimana tuntutan untuk berjihad di jalan Allah. Proses Mujahadah dapat berperanan pengukuhan aspek spiritual dalam sekaligus dapat mengatasi tekanan berikutan faktor tekanan dalaman dan luaran seperti tekanan kehidupan akibat COVID19. Mujahadah membantu individu muslim membersihkan jiwa daripada penyakit spiritual yang berpusat pada hati nurani manusia, yang berpunca daripada dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Proses mujahadah membantu dalam memberi kekuatan spiritual untuk menjadikan manusia lebih sabar dan tabah. Dalam masa yang sama menjadi redha dengan apa yang sedang dihadapi sekaligus mengelakkan kecenderungan melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri dan mencederakan orang lain.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
Jihad, Mujahadah, Pembangunan Jiwa, Modal Insan, Psiko-spiritual