Publication: Populasi Ayat-ayat Mahabbah Dalam Al-qur'an: Satu Analisis Awal
Loading...
Date
2024
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Islamic University Melaka Publisher
Abstract
Mahabbah merupakan satu kurniaan perasaan daripada Allah SWT kepada setiap hamba-Nya. Hakikat sebenar mahabbah perlu difahami dengan sebaiknya agar perasaan ini tidak disalah erti dan didorong kepada perkara-perkara yang tidak dibenarkan syariat. Kefahaman terhadap mahabbah dapat dilakukan antaranya dengan cara mengetahui populasi kalimah mahabbah yang digunakan dalam kitab suci al-Qur’an. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti populasi ayat-ayat mahabbah yang terdapat dalam al-Qur’an, seterusnya menganalisis dapatan bagi mengetahui penggunaan kalimah dan kekerapan pengulangan, serta pembahagian mahabbah untuk tujuan kefahaman dan pengurusan yang sebenar menurut perspektif al-Qur’an. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dengan mengaplikasi kaedah analisis kandungan sebagai penganalisisan data. Hasil kajian memperlihatkan bahawa kewujudan kalimah mahabbah dalam kitab suci al-Qur’an dengan jumlah yang besar dan dalam pelbagai bentuk telah membawa kepada pengertiannya yang sebenar bagi kehidupan insan dan panduan serta tauladan untuk seseorang itu menguruskan perasaan ke arah mencapai kemuncak mahabbah yang dituntut syariat.
Description
Jurnal 'Ulwan, Volume 9 Issue 1 Page (207-216)
Keywords
mahabbah, ayat-ayat mahabbah, al-Qur’an, perasaan, populasi.
Citation
Norullisza Khosim & Mohd Shamsul Hakim Abd Samad (2024). Populasi Ayat-Ayat Mahabbah Dalam Al-Qur’an: Satu Analisis Awal. Jurnal 'Ulwan, 9(1), 207-216.