Options
Kajian Komparatif Antara Lafaz Qalb, Shadrun Dan Fuad Menurut Perspektif Al-Quran
Date Issued
2023
Author(s)
Amrina Rasyada binti Kamaruzaman
Nur Aina Mardhiah Che Rahim
Noor Fatimah Mujahid
Ahmad Mukhlis Mustaffa
Khairulnazrin Nasir
Abstract
Setiap ayat yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran memberikan makna dan tujuan yang tersendiri. Allah SWT menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya manusia (menggunakan akal untuk) memahaminya (QS 12:2). Oleh itu kajian ini akan menunjukkan penggunaan tiga lafaz yang terpilih untuk perbezaannya iaitu lafaz "qalb", "sadr", dan "fuad" yang terdapat dalam al-Quran. Penggunaan tiga lafaz memberikan makna yang hampir kerana merujuk kepada aspek hati, emosi dan kehidupan batiniah manusia. Makna seakan sama akan tetapi wujud perbezaan diantaranya. Dalam kajian ini penulis akan memberikan definisi dan penjelasan terperinci tentang setiap konsep serta membuat perbandingan untuk memahami perbezaannya menurut perspektif al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan sorotan literasi bersumberkan Google Scholar dan Attanzil dengan carian subjek "qalb", "sadr", dan "fuad". Kajian ini juga merujuk kepada tafsir Ibn Katsir untuk mengetahui secara terperinci akan huraian-huraian setiap tiga lafaz tersebut. Kajian ini penting untuk dijalankan supaya setiap orang dapat melihat dengan jelas penggunaan lafaz-lafaz itu sesuai mengikut kehendak makna ayat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kajian Komparatif Antara Lafaz Qalb, Shadrun Dan Fuad Menurut Perspektif Al-Quran.pdf
Size
522.74 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a7ba02dddcc0f9b36d75d0cc23806ed8