Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Thesis and Dissertation
  3. PhD Dissertations
  4. Peranan dan Penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam Memupuk Perpaduan Nasional di Semenanjung Malaysia
 
  • Details
Options

Peranan dan Penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam Memupuk Perpaduan Nasional di Semenanjung Malaysia

Date Issued
2023-09
Author(s)
Mohd Irfan Bin Mohd Terin
Abstract
Penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memupuk perpaduan nasional
dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Malaysia dilihat semakin ketara.
Kedudukan NGO sebagai pihak ketiga (meso) perlu memainkan peranan mereka
khususnya dalam program yang diadakan bagi memupuk perpaduan nasional dalam
kalangan masyarakat yang pelbagai di Semenanjung Malaysia. Rancangan Malaysia
Ke-12 menumpukan usaha perpaduan melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50)
dengan kerjasama NGO untuk memperkasakan perpaduan nasional dan mengangkat
kembali rukun negara yang menjadi tulang belakang terhadap pemerkasaan perpaduan
negara. Di samping itu, Rancangan Malaysia Ke-11 telah memfokuskan agenda
pengukuhan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional dengan menyediakan platform
berkongsi pengalaman, nilai dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat di
Semenanjung Malaysia berlandaskan perlembagaan persekutuan. Malangnya, isu-isu
berkaitan perpaduan melibatkan konsep ketiadaan pengasingan sosial, interaksi dan
hubungan serta perkongsian nilai dan interpretasi kurang diamalkan dalam masyarakat
di negara ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti peranan yang
dimainkan oleh NGO yang dikaji dalam memupuk perpaduan nasional, mengenal
pasti input atau pengisian dalam program yang dianjurkan oleh NGO yang dikaji,
menganalisis keberkesanan program NGO dalam memupuk perpaduan nasional
berdasarkan perspektif peserta yang menyertai program NGO tersebut dan
menghasilkan model peranan NGO dalam memupuk perpaduan nasional. Kajian ini
menggunakan kaedah campuran (mix-method). Antara NGO yang terlibat sebagai
responden adalah melibatkan tiga bangsa utama di Negara ini iaitu bangsa Melayu,
Cina dan India. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal
selidik dan temu bual informan penting. Borang soal selidik diedarkan kepada 569
individu yang pernah menyertai program anjuran NGO yang dikaji, bagi mendapatkan
pandangan mereka tentang program yang dihadiri. Manakala temu bual adalah terdiri
daripada 17 informan bertujuan untuk mendapat maklumat terperinci tentang latar
belakang NGO, program yang dilaksanakan, pencapaian dan cabaran yang dihadapi.
Dapatan kajian menunjukkan NGO yang dikaji memainkan peranan dalam memupuk
perpaduan nasional iaitu NGO tersebut menerapkan elemen kesepaduan dan
perpaduan ke dalam program-program yang dianjurkan. Kajian ini amat penting
memandangkan data yang diperoleh dapat membantu merencanakan program yang
bersesuaian bagi mengangkat agenda perpaduan menerusi penglibatan NGO di negara
ini.
Subjects

Malaysia -- Politics ...

Ethnology

Malaysia -- Social co...

Non-governmental orga...

National unity

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia