Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS)
  5. 2021 SAIS
  6. Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
 
  • Details
Options

Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Hasnizam Hashim 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Maizatul Farishah Binti Mohd Mokhtar
Norman Zakiyy Chow Jen-T'Chiang 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Islam menganjurkan Sulh sebagai salah satu kaedah dalam menyelesaikan pelbagai konflik. Kaedah ini amat dianjurkan oleh perundangan Islam kerana ia bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dan konflik tetapi yang lebih penting ialah ia dibuat dalam suasana yang harmoni, mesra dan tidak meninggalkan luka dan dendam kepada pihak-pihak yang berkonflik. Di bawah sistem perundangan Islam di Malaysia, sulh lebih tertumpu pemakaiannya kepada penyelesaian kes-kes perbalahan dan pertikaian berkaitan dengan kekeluargaan dan lain-lain seperti diperuntukkan dalam Akta atau Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri-negeri dan Undang-undang Keluarga Islam. Walaupun pensyariatan mengenai keutamaan sulh ini dinyatakan dengan jelas dalam nas-nas Syarak dan ianya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah, namun suatu kaedah yang tersusun perlulah diwujudkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan ia benar-benar relevan serta dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan sekaligus dapat mencapai objektif yang diinginkan. Selaras dengan ini, Mahkamah Syariah di Malaysia termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, bagi tujuan melaksanakan sulh seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003 telah mewujudkan Kaedah-Kaedah Tatacara Sulh Mahkamah Syariah Negeri Sembilan (2016) untuk menyelaras pelaksanaan proses atau peruntukan tersebut. Justeru, kertas kerja yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan menghuraikan mengenai prosedur atau tatacara tersebut dengan terperinci bagi memberikan gambaran yang jelas mengenai pelaksanaannya. Kajian mendapati bahawa, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pada ketika ini dapat mengendalikan kes-kes sulh dengan baik berdasarkan peruntukan undang-undang dan kaedah sedia ada. Adalah diharapkan melalui penerangan ini, pihak-pihak yang bertikai akan meyakini mekanisme proses sulh yang dilakukan dan menjadikan sulh sebagai pilihan bagi menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.
Kata kunci: Majlis Sulh, mekanisme pelaksanaan, Jabatan Kehakiman Syariah, Negeri Sembilan.
Subjects

Majlis Sulh,

mekanisme pelaksanaan...

Jabatan Kehakiman Sya...

Negeri Sembilan.

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

34.BM. SAIS2021 - Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.pdf

Description
Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
Size

588.94 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):74ce56e99f126eae339c5958b8581aec

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia