Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)
  4. Al-Nahyu (Perintah Larangan) dan Kesannya dalam Bidang Muamalat: Satu Analisis
 
  • Details
Options

Al-Nahyu (Perintah Larangan) dan Kesannya dalam Bidang Muamalat: Satu Analisis

Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2018
Author(s)
Mohamed Shaarani, A. Z.
Abstract
Al-Nahyu atau tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara adalah satu tajuk yang sangat penting dalam bidang perundangan Islam termasuk dalam bidang muamalat. Ia membincangkan tentang larangan dan status perbuatan seseorang mukalaf itu sama ada ia adalah sah ataupun tidak, dan kesan-kesan darinya. Justeru kajian ini akan mengupas tentang akad-akad yang tidak memenuhi rukun di samping wujud pula larangan-larangan Syarak padanya, juga apakah kesan perbuatan tersebut bagi mereka yang berakad atau yang melakukan sesuatu transaksi kewangan itu. Selain itu juga, kajian akan mengupas tentang bagaimanakah cara dan metod pembetulan dan pembaikan yang boleh diterima bagi sesuatu transaksi yang terbatal itu dan seterusnya dapat mengelakkan mereka yang terjerumus dalam akad yang terbatal itu berada dalam kesukaran dan kepayahan. Kajian ini adalah berdasarkan kajian berbentuk perpustakaan sepenuhnya. Hasil kajian mendapati bahawa tuntutan Syarak sama ada tuntutan berbentuk larangan atau perintah boleh membatalkan sesuatu akad jika ia berkaitan asas atau rukun sesuatu akad dan transaksi, atau juga jika ia telah menjadi sebahagian dari transaksi itu sendiri. Namun jika ia berkaitan perkara sampingan maka ia tidak membatalkan akad namun menjadikan akad tersebut hukumnya adalah haram sekalipun ia adalah sah. Kesan-kesan dari akad yang batal dan fasid dapat dilihat seperti sama ada ia perlu dilakukan semula, juga ianya berkaitan hak-hak pihak yang terlibat dalam akad sebegini, iaitu adanya kesan-kesan Syarak bagi akad yang sah atau sebaliknya tiada kesan-kesan Syarak bagi akad yang tidak sah. Hasil kajian juga mendapati bahawa sesuatu akad yang tidak sah itu boleh diperbaiki dengan beberapa cara dan ini dikira dapat memberi peluang kepada mereka yang melakukan sesuatu kesalahan itu memperbaiki kesilapan mereka tanpa menjerumuskan mereka ke dalam kesukaran dan kepayahan.
Subjects

Al-Nahyu

Fasid

Shariah audit

Akad

Wasf al-Lazim

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_Vol.14_Al Nahyu (perintah larangan) dan kesannya dalam bidang muamalat_Satu kajian.pdf

Size

1.32 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):d5e124bfd75e9e3579daacf30e7e8a28

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia