Publication: Pembentukan Institusi Kekeluargaa Menerusi Penerapan Nilai Amanah Berteraskan Islam
Loading...
Date
2023
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Academic Inspired Network
Abstract
Institusi kekeluargaan merupakan salah satu institusi pendidikan yang penting dalam memastikan pembangunan seseorang insan dan masyarakat yang bertamadun. Pengabaian usaha membangunkan institusi ini akan memberi kesan yang negatif dan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah. Terdapat pelbagai cara untuk membantu pembentukan institusi ini, antaranya ialah dengan penerapan nilai amanah dalam diri setiap individu dalam sesebuah keluarga. Realitinya, nilai amanah dan nilai-nilai Islam yang lainnya merupakan asas pembentukan keluarga yang harmoni. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan nilai amanah dalam institusi kekeluargaan dan mencadangkan proses penerapan yang dilihat bersesuaian. Kajian ini menggunakan kaedah dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan data. Kajian ini mendapati bahawa; (i) diri sendiri, hak-hak suami, isteri, anak, dan ibu bapa adalah amanah, dan (ii) tiga proses penerapan nilai amanah ialah dengan cara; (a) faham, (b) pupuk, dan (c) sebar.
Description
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), Volume 8 Issue 59 Page (245 – 255)
Keywords
Pembangunan, Institusi Kekeluargaan, Nilai, Amanah
Citation
Norullisza Khosim (2023). Pembentukan institusi kekeluargaan menerusi penerapan nilai amanah berteraskan Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8 (59), 245 – 255.