Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Others
  4. Konvensyen Kearifan Nusantara (ARIF)
  5. 2023 ARIF
  6. Analisis Kaedah Pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran secara Atas Talian Sepanjang Era Pandemik di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong Machang Kelantan
 
  • Details
Options

Analisis Kaedah Pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran secara Atas Talian Sepanjang Era Pandemik di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong Machang Kelantan

Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Muhammad Ikhwan Bin Lam Hawari
Universiti Sains Islam Malaysia 
Muhammad Izzuddin Bin Muhd Shauki
Universiti Sains Islam Malaysia 
Muhammad Syahmi Bin Shakhruddin
Universiti Sains Islam Malaysia 
Syed Najihuddin Syed Hassan 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Pendidikan Tahfiz merupakan elemen penting dalam dunia Pendidikan hari ini. Merujuk kepada usaha untuk memartabatkan Institusi Al Quran di Malaysia, Kerajaan mengambil pendekatan memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara sebagai perancangan utama melahirkan generasi Teknokrat yang berintegriti dan mengadaptasikan Al Quran dalam kehidupan. Namun, dunia dikejutkan dengan pandemik Covid 19 pada Mac 2020 sehingga melumpuhkan hampir keseluruhan negara dan memberi impak dalam semua faktor. Justeru itu, Langkah yang produktif telah dirangka bagi meneruskan pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran khususnya di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Perkembangan teknologi semasa seperti Google Meet, Zoom, Microsoft Team dan lain-lain platform dapat menggantikan medium pengajaran secara bersemuka. Namun, aspek kekurangan dari sudut peranti, data internet dan suasana pembelajaran telah menimbulkan implikasi kepada pembelajaran Al Quran secara umumnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian sepanjang era pandemik. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian analisis statistik yang bersifat objektif dan berorientasikan kepada tinjauan di lapangan. Kaedah ini juga bersumberkan penyelidikan yang dikaitkan dengan data numerik dan ketepatan. Hasil kajian mendapati kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran atas talian mempengaruhi ketetapan dan garis panduan sekolah. Medium ini merupakan penyelesaian holistik dengan keadaan semasa ketika dunia mendepani masalah kesihatan global. Kesimpulannya, kewujudan aplikasi yang semakin berkembang telah memudahkan urusan seharian masyarakat seterusnya dapat memberikan manfaat kepada sistem Pendidikan seperti institusi Tahfiz pada hari ini. Justeru itu, semua pihak perlulah mengambil bahagian dengan kepesatan teknologi ini untuk meningkatkan Ilmu dan mengadaptasikan dalam dunia Al Quran. Kami mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian seterusnya konsisten mendepani kemajuan semasa dalam era globalisasi.
Subjects

Analisis, Pengajaran ...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

ANALISIS KAEDAH PENGAJARAN HAFAZAN DAN MURAJAAH AL QURAN SECARA ATAS TALIAN SEPANJANG ERA PANDEMIK DI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT PULAI CHONDONG MACHANG KELANTAN.pdf

Size

704.04 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):d6737b19946a9ec0f1af4e587a5e71a9

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia