Publication: Persepsi Pelajar Sorof II (BAL1023) Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP): Satu Tinjauan
Loading...
Date
2020-10-15
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kajian ringkas ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar tentang pengalaman mereka dalam menghadapi susasana pembelajaran ketika musim PKPP. Fokus utama kepada subjek Sorof 2 (BAL 1023) pada Semester 2 2019/2020. Sampel kajian diambil daripada pelajar KBB1 dan KBB2 daripada pelajar tahun 1, Sarjana Muda Bahasa Arab Kesusasteraan Islam seramai 45 orang. Kaedah mendapatkan maklumat ialah melalui temubual maya menggunakan aplikasi WhatsApp. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar menghadapi banyak masalah ketika melalui proses pembelajaran dalam talian terutamanya masalah talian internet dan gangguan persekitaran, termasuk suasana pembelajaran yang tidak menyokong dan tanggungjawab di rumah. Diharapkan pandemik ini tidak berterusan supaya pelajar dapat meneruskan pembelajaran secara bersemuka di samping dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian selari dengan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Description
3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020)
COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION
Date: 15 October 2020
Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) &
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
Keywords
pengalaman, pelajar bahasa Arab, kursus Sorof II (BAL1023), pembelajaran dalam talian, PKPP