Publication: Tinjauan Awal Mengenai Perlaksanaan Program Perpaduan Dalam Kalangan Ahli Ngo Berteraskan Islam Dan Bukan Islam Di Selangor.
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Faculty of Islamic Civilisation Studies, KUIS
Abstract
Perpaduan merupakan agenda penting yang dicetuskan dalam Rancangan Malaysia ke -12, bicara perpaduan sentiasa menjadi sebahagian daripada hala tuju Malaysia ke arah negara maju. Dalam bidang sosial, terutamanya di peringkat Badan Bukan Kerajaan (NGO), hampir semua program yang berkaitan dengan sukarelawan dilakukan perlu mempunyai elemen perpaduan dan kesepaduan sosial. Walaupun elemen perpaduan mempunyai pelbagai cabaran terutama apabila membabitkan NGO berteraskan Islam dan bukan Islam, namun kaedah diversiti terhadap intergerasi program perpaduan ini merupakan sesuatu yang baru perlu di adaptasi bagi setiap NGO. Oleh itu, kajian awal ini dijalankan terhadap NGO di Selangor tentang perlaksanaan program perpaduan. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 193 orang ahli NGO yang mengikuti program perpaduan di Selangor. Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa ahli NGO di Selangor berpandangan bahawa perlaksanaan program perpaduan adalah sederhana dengan skor min 4.38 (sp=.627). Oleh itu, terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar program perpaduan dapat berjalan dengan efisyen di masa hadapan.
Description
Vol. 15, No. I, Halaman 136-149
Keywords
Unity, NGO, Islamic-Based, Selangor
Citation
Mohd Terin, M. I., Mohad, A. H., & Mohd Mokhtar, R. A. (2022). Tinjauan Awal Mengenai Perlaksanaan Program Perpaduan dalam Kalangan Ahli Ngo Berteraskan Islam dan Bukan Islam di Selangor. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 136-149. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/159