Options
Memahami Aspek Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia
Date Issued
2021-10-26
Author(s)
Nurhafizah Mohd Shukor
Izzudin Mohd Haris
Abstract
Isu penghinaan agama Islam di Malaysia terutamanya di media sosial masih tidak dapat ditangani dengan sebaiknya melalui sistem perundangan sedia ada. Sehingga ke hari ini masih berlaku perbuatan mencerca, menghina dan merendahkan martabat agama Islam di negara ini. Melihat kepada situasi semasa maka satu langkah pencegahan perlu diambil bagi menangani isu ini. Untuk tujuan tersebut kajian ini telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebakkan berlakunya penghinaan agama Islam di
Malaysia. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif, di mana data diperolehi melalui analsis teks (textual analysis) dan temu bual mendalam (in-depth interview). Para informan dipilih dari kalangan individu yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan untuk menjelaskan isu dan permasalahan kajian ini. Data temu bual telah ditranskip dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai aspek dan konteks berlakunya penghinaan agama yang secara asasnya saling berkait rapat. Oleh itu, pendekatan pencegahan perlu dimulakan daripada aspek pendidikan dan da’wah.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
MEMAHAMI ASPEK PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DI MALAYSIA.pdf
Size
247.24 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1e443de809af304db2a9df9f69bbf6a1