Options
Kebolehterimaan dan Cabaran Keterangan Kesaksian Kanak-Kanak di Mahkamah Syariah di Malaysia
Date Issued
2025
Author(s)
Siti Nuraimi Yazulla @ Yusni
Noor Ilienna Rahayu Ibrahim
Suhaizad Saifuddin
DOI
https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/216
Abstract
Kajian ini meneliti kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak serta peranan mereka dalam prosiding mahkamah di Malaysia. Kewujudan sistem undang-udang dualistik, iaitu undang-undang sivil dan syariah, yang masing-masing mempunyai peruntukan berbeza berkenaan keterangan kanak-kanak, menimbulkan persoalan tentang keseragaman prinsip berkaitan isu ini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kedudukan keterangan saksi kanak-kanak dari perspektif Islam dan seterusnya membandingkan kerangka undang-undangnya di bawah sistem sivil dan syariah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen terhadap sumber perundangan primer dan sekunder, termasuk statut, laporan kes, dan karya akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prinsip, klasifikasi, dan kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak adalah berbeza secara signifikan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perbezaan ini adalah berpunca daripada perundangan substantif dan prosedural yang berlainan yang diguna pakai oleh setiap mahkamah. Kajian ini merumuskan dengan mencadangkan supaya suatu kerangka perundangan khusus yang komprehensif digubal untuk Mahkamah Syariah. Perundangan baru ini perlu melangkaui aspek kebolehterimaan keterangan semata-mata dengan merangkumi tatacara pembuktian dan mekanisme perlindungan khas untuk saksi kanak-kanak.
File(s)
Loading...
Name
Kebolehterimaan Rakaman Audio dan Video Sebagai Keterangan di Mahkamah Syariah dan Sivil Di Malaysia.pdf
Size
820.69 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):30f51fd895c0b11dcac26556ae4ff2d7