Options
Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Beragumentasi Dengan Al-Quran Oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI Dalam Pandangan Hukum Islam Semasa
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
ISSN
0127-8886
2232-1047
Date Issued
2026-01-30
Author(s)
Mahyudin Daud
Ahmad Najib Abdullah
Shukeri Mohamed
Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar
DOI
10.33102/jfatwa.vol31no1.739
Abstract
>Para sarjana Usul al-Fiqh telah menggariskan satu kaedah yang menyeluruh dalam beristidlal dengan al-Quran bagi mengaitkannya dengan permasalahan semasa yang berlaku dalam hukum Islam. Kaedah tersebut merupakan langkah-langkah akademik yang merangkumi tiga peringkat, iaitu peringkat dalil dan istinbat, peringkat semakan terhadap hasil istidlal (taṣḥīḥ natījat al-istidlāl) dan peringkat pengeluaran fatwa bagi memastikan hujah yang bersandarkan al-Quran adalah tepat, tidak mengelirukan dan betul. Kajian ini ingin meneliti pengaplikasian kaedah istidlal dengan al-Quran oleh Ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI dalam menghubungkan nas-nas al-Quran dengan permasalahan semasa dalam Islam. Kajian ini bertujuan mengumpul pandangan daripada ahli muzakarah berkenaan keperluan model SOP bagi tujuan beristidlal dengan al-Quran dalam konteks pandangan hukum Islam semasa. Kajian ini menggabungkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan di mana penyelidik berusaha mendapatkan SOP melalui pembacaan ilmiah dan menjalankan kajian lapangan bagi mendapatkan maklum balas daripada beberapa ahli muzakarah yang terpilih. Hasil kajian menunjukkan keperluan kepada Prosedur Operasi Standard sebagai garis panduan kepada Ahli Jawatankuasa dan para penyelidik yang ditugaskan untuk mentafsir al-Quran berdasarkan pandangan hukum Islam semasa.
File(s)
Loading...
Name
Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Beragumentasi Dengan Al-Quran Oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI Dalam Pandangan Hukum Islam Semasa.pdf
Size
753.75 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1c0730bb92c3d429941708fafe88857d