Publication:
Kawalan Perundangan Terhadap Pemakanan Halal Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2022

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

USIM Press

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Makanan dan minuman merupakan satu rangkaian keperluan manusia yang diperbahaskan dalam Syariah dengan merujuk kepada hukum halal dan haram. Makanan dan minuman halal tayyiban amat diambil perhatian dalam tuntutan syariat, kerana memberi kesan kepada jasmani dan rohani. Oleh itu, perlu bagi manusia membuat pemilihan makanan dan minuman halalan tayyiban sebagaimana dikehendaki oleh syariah. Walau begitu, menentukan status makanan dan minuman tersebut juga perlu dikuatkan dengan undang-undang bagi melindungi status halalan tayiban berkekalan dari masa ke masa. Tujuan kajian ini untuk mendedahkan parameter penentuan halal dan haram dalam makanan dan minuman menurut kajian halal Syariah dan perundangan Malaysia. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kualitatif yang dianalisis dengan berdasarkan dapatan data kepustakaan daripada al-Quran, Hadith, pandangan ulama dan cendikiawan Islam, dan artikel jurnal ilmiah, serta akta perundangan. Kajian ini mendapati bahawa makanan dan minuman halalan tayyiban di Malaysia telah menepati tuntutan Syariah dan perundangan. Implikasi kajian ini memperkasa barang gunaan dapat digunapakai dengan selamat dan baik.

Description

Vol. 27 No. 3 (2022): May Issue

Keywords

makanan dan minuman, halalan tayyiban, halal syariah, perundangan Malaysia, barang gunaan

Citation

Gunardi, S., Awang, M. S. ., Mohd Salleh, M. M., Ab. Halim, M. A., & Abdul Rab, M. A. . (2022). Kawalan Perundangan Terhadap Pemakanan Halal Di Malaysia: Legal Control of Halal Food in Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 27(3), 106-125. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no3.455