Options
Keselarian antara Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dengan Teori Barat
Date Issued
2022
Author(s)
Nur Izzati Nadia Mohd Dzolkifli
Abstract
Perbincangan mengenai Teori Semangat Kekitaan atau disebut sebagai ‘Asabiyyah oleh Ibnu Khaldun yang merupakan faktor penentu jatuh bangun sesebuah ketamadunan telah menjangkau lebih enam abad lamanya. Namun, inti pati dalam teori tersebut masih dibincangkan dan adakah ia masih relevan sehingga ke hari ini? Justeru, makalah ini akan mengkaji keselarian Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dengan dua teori barat yang terkenal, iaitu 1) Teori Bioekologikal Pembangunan Manusia Bronfenbrenner dan, ii) Teori Personaliti Maslow. Perbincangan ini dibuat melalui metodologi analisis kandungan bersumberkan bahan ilmiah seperti buku dan artikel jurnal. Hasil dapatan menunjukkan inti pati utama yang dibincangkan dalam Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun turut dibincangkan dalam 2 teori barat ini. Implikasinya, walaupun Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dibincangkan dalam konteks semasa sewaktu zaman beliau yang jauh berbeza dengan zaman moden kini, namun intipati yang diutarakan tentang keperluan sosial manusia dalam masayarakat amat relevan, malahan turut dibincangkan dalam teori-teori barat yang wujud selepas beliau. Ini membuktikan keintelektualan teori ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas walaupun ia merentasi zaman, geografi dan fizikal dari zaman ke zaman.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Keselarian antara Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dengan Teori Barat.pdf
Size
359.01 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3e246550cf45ebfafc551cc36bf44a27