Publication:
Teori Hifz Al-Nafs dalam Islam: Analisis Pendalilan

dc.contributor.authorMuhammad Mustaqim Bin Roslanen_US
dc.contributor.authorAnwar Bin Osman Zainurien_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:06:49Z
dc.date.available2024-05-31T02:06:49Z
dc.date.issued2022
dc.descriptionE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesiaen_US
dc.description.abstractHifz al-Nafs bukan satu istilah yang janggal dalam Maqasid Syariah. Ia sering diertikan sebagai Menjaga Nyawa bagi kalangan ahli Fiqh dan Usul apabila dikaitkan dengan hukuman Qisas. Namun begitu, terma al-Nafs dan kata jamaknya al-Anfus yang terdapat di dalam al-Quran sebanyak 266 kali membawa pengertian yang begitu luas. Pemahaman umat Islam terhadap istilah Hifz al-Nafs dengan mengecilkan maksud penggunaannya hanya kepada Menjaga Nyawa mengundang kekeliruan sehingga menjadikan mereka begitu sempit dalam memahaminya. Oleh yang demikian, artikel ini mengetengahkan objektif utama iaitu menganalisis teori Hifz al-Nafs dari sudut pendalilannya melalui surah-surah pilihan di dalam al-Quran. Ia bertujuan agar pengertian Hifz al-Nafs itu dapat dianalisis maksudnya dengan lebih mendalam dari sumber utama umat Islam. Falsafah di sebalik artikel ini ialah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasikan reka bentuk kajian. Kaedah pengumpulan dan analisis data ialah analisis kandungan dokumen dengan menganalisis sampel utama daripada peruntukan dalam al-Quran yang berkaitan dengan al-Nafs. Ia dijadikan sebagai data primer dalam kajian ini kerana data tersebut adalah daripada sumber langsung, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat individu. Selain itu juga, data sekunder bagi kajian ini ialah perbahasan yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir, buku-buku akademik, jurnal dan kajian ilmiah lepas digunakan dalam artikel ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendalilan Hifz al-Nafs yang dianalisis pengkaji adalah merujuk kepada ‘menjaga jiwa’ dari dimensi rohani. Pengkaji turut mendapati bahawa dimensi rohani dalam penjagaan jiwa ini adalah berfokus untuk ‘memperoleh keteguhan iman’ dan ‘demi kelangsungan hidup’. Ini bererti bahawa menjaga rohani dalam jiwa manusia itu adalah penting agar diri manusia itu tidak terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan nyawa. Ia juga adalah tidak selari dengan teori Hifz al-Nafs seperti yang diinginkan oleh syarak.en_US
dc.identifier.epage24
dc.identifier.isbne-ISBN : 9789670001746
dc.identifier.spage13
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18300
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit USIMen_US
dc.relation.conferenceE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022en_US
dc.subjectHifz al-Nafs, jiwa, pendalilan, rohani, teori.en_US
dc.titleTeori Hifz Al-Nafs dalam Islam: Analisis Pendalilanen_US
dc.title.alternativeThe Theory Of Hifz Al-Nafs In Islam: An Argumentative Analysisen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Teori Hifz Al-Nafs dalam Islam_Analisis Pendalilan.pdf
Size:
428 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections