Options
Jalinan Sosial Rentas Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan : Dari Perspektif Guru
Date Issued
2025
Author(s)
Abstract
Kajian ini meneliti jalinan sosial rentas etnik dalam kalangan pelajar multietnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia melalui perspektif guru. Pendekatan kualitatif diaplikasikan melalui kaedah temu bual separa berstruktur secara mendalam ke atas enam orang guru sekolah menengah kebangsaan yang mempunyai pelajar pelbagai latar etnik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua sub tema utama, iaitu (i) jalinan sosial akrab antara etnik yang dicirikan oleh kepercayaan bersama, sokongan emosi dan kerjasama dalam konteks akademik dan bukan akademik, dan (ii) jalinan sosial yang renggang yang dicirikan oleh komunikasi minimum dan kecenderungan memilih rakan sebangsa dalam pelbagai situasi. Corak jalinan sosial yang terbentuk ini dipengaruhi oleh faktor seperti keserasian budaya, kemampuan berbahasa, persekitaran sekolah dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran sekolah yang inklusif serta dasar yang responsif terhadap kepelbagaian budaya bagi meningkatkan jalinan sosial rentas etnik dalam memperkukuh perpaduan nasional.
File(s)
Loading...
Name
Jalinan Sosial Rentas Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dari Perspektif Guru.pdf
Size
374.21 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1cd6359bc2a2b3ca703f83111eaca007