Publication: Penelitian Terhadap Kriteria dan Tekstual Ijazah Sanad Al-Quran
dc.contributor.author | Norazman bin Alias | en_US |
dc.contributor.author | Khairul Anuar Bin Mohamad | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-29T08:27:22Z | |
dc.date.available | 2024-05-29T08:27:22Z | |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.description.abstract | Kaedah pengijazahan sanad al-Quran di Malaysia masih lagi agak asing dan belum dikenali oleh kebanyakan masyarakatdi Malaysia. Amalan ini hanya diketahui dan dikenali berputar di sekeliling para guru al-Quran, mahasiswa universiti dan para penghafaz al-Quran. Bagi pemegang sanad al-Quran pula, terdapat di kalangan mereka yang memperolehinya melalui program talaqqi al-Quran yang dianjurkan oleh pihak berkaitan di dalam negara mahupun diluar negara seperti di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan, Pusat Pengajian Al Mufid, Kuala Terengganu, Terengganu, Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir, Universiti Islam Antarabangsa Madinah dan sebagainya. Malahan, trendmasa kini pula menunjukkan ramai tokoh dan pakar dalam bidang al-Quran khususnya dari negara Arab dijemput ke tanahair untuk mengendalikan progam talaqqi al-Quran bersanad di tanahair seperti di Ainhafeez Enterprise, Klang, Selangor dan Pusat Pengajian Khozandaroh, Kajang, Selangor.Program seumpama ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kefahaman masyarakat awam terhadap realiti amalan ijazah sanad al-Quran yang diamalkan secara warisan sejak zaman wahyu diturunkan. Atas kesedaran itu,terdapat beberapa isu pentingseperti kefahamanpemegang sanadterhadap itemdan tekstualijazah sanad al-Quran itu sendiriperlu diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu oleh pihak penganjur. Hal ini adalah kerana proses pengijazahan sanad al-Quran dan tekstual ijazahsanad al-Quranadalah berbeza daripadadisiplin ijazah sanad dalam cabang ilmu Islam yang lain seperti ilmu Hadis dan ijazah kitab.Justeru itu, kajian ini akan memberi fokus kepada dua objektif utama iaitu memberi kefahaman terhadap ijazah sanad al-Quran dan analisa tekstual ijazah sanad al-Quran. Kajian yang bersifat kualitatif ini dibangunkan menerusi metode perpustakaan dan metode deduktif iaitu menganalisis sanad al-Quran yang diperoleh sebagaibahan kajian dalam menatijahkan kriteria penting dalam ilmu sanad al-Quran. Dapatan awal menunjukkan kepelbagaian bentuk tekstual sanad al-Quran di serata dunia tanpa menggugurkan item penting dalam penulisan ilmu sanad al-Quran seperti nama tajuk, nama pemberi dan penerima, cop dan tandatangan, tarikh dan maklumatlain. Maka, kefahaman terhadap tekstualsanad al-Quran ini amatlah penting agar amalan pengijazahan sanad al-Quran yang ditradisikan inidapat dikekalkan dan diperkemaskan selari dengan tuntutan syara� dan semasa. Walhasilnya, amanah pemegang sanad al-Quran itu dapat disampaikan kepada ahlinya dengan kefahaman yang benar terhadap tekstual ijazah sanad al-Quran serta tidak dianugerahkan secara semberono kepada yang bukan ahlinya. | en_US |
dc.identifier.epage | 92 | |
dc.identifier.issn | 1823-4356 | |
dc.identifier.issue | 2 | |
dc.identifier.spage | 76 | |
dc.identifier.uri | http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/188 | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14726 | |
dc.identifier.volume | 15 | |
dc.language | Malay | |
dc.publisher | Universiti Sains Islam Malaysia | en_US |
dc.relation.ispartof | Journal of Ma alim Al-Qur an Wa Al-Sunnah | en_US |
dc.source | Open Journal System | |
dc.subject | Kriteria | en_US |
dc.subject | Tekstual Ijazah | en_US |
dc.subject | Sanad al-Quran | en_US |
dc.title | Penelitian Terhadap Kriteria dan Tekstual Ijazah Sanad Al-Quran | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- Journal of Maalim alQurʾan wa alSunnah_Vol 15 No 2 (2019)_Penelitian Terhadap Kriteria dan Tekstual Ijazah Sanad Al-Quran.pdf
- Size:
- 1.58 MB
- Format:
- Adobe Portable Document Format