Options
Qiyas Al Shabah dan Aplikasinya dalam Kewangan Islam
Journal
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research
Date Issued
2016
Author(s)
Mohamed Shaarani, A. Z.
Ahmad, R.
Abstract
Perkembangan pantas sistem kewangan Islam moden dengan pengenalan pelbagai produk kewangan dan perkhidmatan memerlukan cerdik pandai dalam bidang Shariah memahami proses pengeluaran hukum - Fiqh dan asasnya (Usul al-Fiqh). Salah satu konsep penting dalam pengajian Usul al-Fiqh ialah Qiyas al-Shabah- iaitu proses qiyas dimana sesuatu furuc itu dihubungkan dengan salah satu dari dua asal disebabkan ciri-ciri yang terdapat pada furuc itu lebih menyerupai salah satu dari dua asal tersebut. Namun bagitu, melihat kepada praktis semasa dalam proses pe- ngeluaran hukum dalam kewangan Islam, hubungan antara Usul al-Fiqh-termasuklah Qiyas al-Shabah- dan Fiqh sudah tidak lagi berjalan sebagaimana sepatutnya. Justeru artikel ini cuba untuk melihat pandangan ulama tentang Qiyas al-Shabah dan aplikasi semasa qiyas jenis ini dalam produk, perkhid-matan dan instrumen-instrumen yang terdapat dalam sistem kewangan Islam semasa.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Qiyas Al-Shabah Dan Aplikasinya Dalam Sistem Kewangan Islam.pdf
Size
1.26 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c7f382f10dcb20104a4fff12805be062