Options
Inovasi dalam Pengajaran Hadis: Penggunaan Laman Web Islamweb dalam Pengkajian Sanad
Date Issued
2012
Author(s)
Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri
Mohd Yusuf Bin Ismail
Abstract
Penggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan telah menjadi suatu yang lumrah pada hari ini. Selain tujuan pembentangan, interaktif dan perhubungan, banyak lagi aplikasi berkaitan dengannya boleh dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang hadis, banyak aplikasi ICT berkaitan dengannya telah dibangunkan. Tujuannnya adalah untuk memudahkan umat Islam mendekatkan diri mereka dengan sumber kedua terpenting mereka itu. Antara aplikasi-aplikasi tersebut ada yang sentiasa maju seiring dengan kemajuan dunia ICT yang bukan sahaja dengan pendigitalan kitab-kitab sahaja, malah dengan inovasi produk-produk lain. Kajian sanad adalah salah satu bidang pengajian yang mendapat manfaat daripada kemajuan ICT ini. Bidang yang dianggap agak mencabar dalam pengajian hadis ini dapat dipermudahkan dengan penggunaan teknologi tersebut, terutamanya dalam proses carian teks dan mendapatkan sumber rujukan berkaitan dan mengetahui maklumat perawi dengan pantas serta mendapatkan gambaran silsilah sanad. Laman web ‘islamweb’ adalah antara laman web yang mengandungi bahan berkaitan hadis dan sanad yang baik lagi canggih. Ia mempunyai pelbagai fungsi inovatif yang dapat membantu dalam pengajian sanad. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kaedah terbaru dalam pengajian sanad dengan menggunakan laman web islamweb.net yang boleh dimanfaatkan oleh para pengajar mata kursus berkaitan pengajian sanad untuk memudahkan pelajar memahami ilmu tersebut
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Inovasi Dalam Pengajaran Hadis Penggunaan Laman Web Islamweb Dalam Pengkajian Sanad.pdf
Size
926.3 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):10d96ade5114ba1cd9f80e105f4d708d