Options
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Sains Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kebangsaan
Date Issued
2021
Author(s)
Y.K., Ang
M.F., Lee
Abstract
Pengenalan- Sains merupakan satu mata pelajaran yang mengkaji secara sistematik
berkenaan alam semula jadi dan juga bagaimana alam semula jadi ini memberi kesan
kepada kita dan persekitaran.
Objektif – Oleh itu, kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji faktor dominan yang
mempengaruhi penguasaan Sains dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan yang wujud dalam faktor-faktor yang
mempengaruhi penguasaan Sains murid dari segi jantina dan tahap pencapaian. Faktor
yang dikaji merangkumi pandangan murid terhadap Sains, sikap murid, keyakinan diri
murid, teknik belajar, gaya pengajaran, sikap guru, pengetahuan komputer guru, dan
personaliti guru.
Methodologi – Reka bentuk kajian secara tinjauan rentas keratan (Cross-sectional Survey)
telah digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada 150 orang murid
darjah empat, darjah lima dan darjah enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di
daerah Pontian. Statistik deskriptif, Ujian-T dan Ujian ANOVA telah digunakan untuk
menganalisis data kajian.
Dapatan – Faktor-faktor dominan mengikut urutan menurun yang mempengaruhi tahap
penguasaan Sains dalam kalangan murid sekolah rendah ialah kategori sikap guru,
personaliti, sikap murid, gaya pengajaran, keyakinan diri, pengetahuan komputer,
pandangan terhadap Sains, dan teknik belajar. Oleh itu, kategori sikap guru (m=3.90,
SD=0.61) merupakan faktor yang paling penting dalam meningkatkan prestasi murid
dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah. Ujian-T menunjukkan nilai p bagi setiap
kategori kurang daripada 0.05. Maka tiada perbezaan nilai signifikan setiap kategori faktor
yang mempengaruhi tahap penguasaan Sains dari segi jantina. Kaedah ANOVA satu hala
menunjukkan terdapat perbezaan nilai signifikan bagi kategori pandangan terhadap Sains,
sikap murid, keyakinan diri, teknik belajar, gaya pengajaran, sikap guru, dan personaliti
dari segi tahap pencapaian.
Kepentingan – Melalui hasil kajian ini, guru dapat merancang aktiviti pembelajaran
supaya murid mempunyai minat dan motivasi untuk belajar dan mendapat manfaat yang
optima daripada proses pembelajaran.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Sains Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kebangsaan.pdf
Size
125.57 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):954196acb8a008d97d58fdc2c166a678