Options
Falsafah dan Sains Tauhidik Teras Tamadun Profetik
Date Issued
2022
Author(s)
Abdul Razak Panaemalae
Abstract
Tamadun dan kemajuan sains Barat hari ini merupakan satu kesinambungan daripada warisan tamadun Islam. Sains Islamlah yang menjadi pencetus kepada kelahiran dunia moden di Barat setelah sekian lama terbelenggu dan terperangkap dalam pemikiran dogmatik yang didominasikan oleh gereja dan elit feudalisme. Akan tetapi mata-rantai tamadun profetik terputus setelah tamadun Barat memilih untuk mengamalkan sekularisme. Tamadun yang diwarisi daripada Islam itu merupakan tamadun yang berorientasikan ilmu, falsafah dan sainstifik sifatnya. Dalam makalah ini tumpuan perbincangan kepada disiplin ilmu falsafah dan hubungannya dengan sains. Untuk memperlihatkan betapa pentingnya ilmu falsafah dan sains sebagai tonggak penggerak masyarakat saintifik yang berdaya maju. Idea ini muncul setelah pengkaji melihat bahawa betapa mutakhir ini, khasnya dunia Islam hari ini tidak memberi sambutan terhadap ilmu falsafah seperti sewajarnya. Walhal ilmu falsafah itu adalah induk kepada segala sains. Makalah ini akan meninjau secara umum melalui wacana yang diutarakan oleh sarjana muslim akan kepentingan pengajaran falsafah serta implikasinya terhadap sains moden. Kajian ini akan memperkatakan falsafah dengan berpandukan kerangka pemikiran sains Islam yang bersumberkan kitab Al-Quran. Kajian mendapati bahawa telah banyak wacana dan platform yang diusahakan oleh sarjana Muslim sebagai usaha untuk membuktikan betapa pentingnya ilmu falsafah terhadap perkembangan masyarakat dan pembentukan tamadun manusia itu sendiri.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Falsafah dan Sains Tauhidik Teras Tamadun Profetik.pdf
Size
410.27 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):624ac172cbb4bed627588a60d7879c84