Options
Terjemahan Makna Lindung dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Analisis Kalimah
Date Issued
2021-02-18
Author(s)
Ainul Mardhiah Zainal
Ahmad Bazli Ahmad Hilmi
Abstract
Konsep perlindungan dalam Islam telah diterjemahkan dalam pelbagai aspek seperti perlindungan harta, anak dan hak-hak masyarakat. Walau bagaimanapun, aspek perlindungan menurut Al-Quran belum dirungkaikan secara tematik. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis terjemahan makna perkataan “lindung” dalam kitab terjemahan al-Quran yang rasmi di Malaysia iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kajian yang menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan ini dijalankan dengan mengenalpasti ayat yang mengandungi terjemahan makna “lindung”dan analisis kemudiannya dilakukan terhadap penterjemahan tersebut dalam aspek kalimah. Hasil kajian mendapati 97 terjemahan makna “lindung” yang boleh dikategorikan kepada isim marfu’, isim mansub, isim majrur, fi’l madi, fi’l mudari’ dan fi’l ‘amr dan 13 terjemahan perkataan lindung bahasa Melayu yang tidak menepati bentuk kata bahasa Arab apabila diterjemahkan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Terjemahan Makna Lindung dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Analisis Kalimah.pdf
Size
568.93 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f302b00ea03f15269ea4a0835123efe0