Publication: Kertas Konsep Pembangunan Indeks Hak Kebebasan Beragama di Malaysia
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Hak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia merupakan antara isu penting yang sering menjadi perdebatan. HKB yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak awal lagi telah mempertahankan hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing bagi setiap individu. Tambahan pula, perlembagaan juga mengakui keistimewaan bagi agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera. Oleh itu, hak keistimewaan ini seringkali menjadi polemik bukan sekadar dalam pengetahuan warganegara Malaysia bahkan turut mendapat perhatian antarabangsa. Hal ini juga menyebabkan pentafsiran HKB di Malaysia tidak selari dengan pemahaman HKB yang terkandung di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR 1948). Oleh yang demikian, terdapat banyak laporan antarabangsa yang mengkritik pengamalan HKB di Malaysia kerana menurut laporan tersebut, Malaysia telah mendiskriminasi warganya. Oleh itu, matlamat kertas konsep ini adalah untuk membentangkan idea awal tentang pembangunan indeks HKB bagi mengukur tahap hak kebebasan beragama di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis terhadap kajian-kajian lepas. Hasil analisis telah mendapati terdapat tiga tema utama perbincangan berkaitan dengan HKB iaitu tentang definisi hak kebebasan beragama, isu-isu hak kebebasan beragama di Malaysia dan kajian pengukuran pengamalan beragama. Oleh yang demikian, Malaysia memerlukan satu indeks watan yang boleh mengukur pengamalan HKB sesuai dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Indeks ini signifikan dalam membentangkan wajah sebenar pengamalan HKB di Malaysia sekaligus dapat memberikan jawapan balas atau membetulkan laporan antarabangsa yang telah membentangkan laporan negatif terhadap HKB di Malaysia
Description
VOL. 8 NO. 2
Keywords
Hak kebebasan beragama, Perlembagaan Persekutuan, Malaysia, pembangunan indeks;
Citation
Mohd Azam, A. B., Abd Rahman, K. A. ., & Muda, K. . (2023). Kertas Konsep Pembangunan Indeks Hak Kebebasan Beragama di Malaysia: Concept Paper on the Development of the Right to Religious Freedom Index in Malaysia. Sains Insani, 8(2), 286-293. Retrieved from https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/533