Publication:
Persepsi Kaunselor Terhadap Gangguan Stress Pasca Trauma (PostTraumatic Stress Disorder) Mangsa Buli Di Malaysia

dc.contributor.authorSiti Fadhlina Mustapa Kamalen_US
dc.contributor.authorSiti Khadijah Mohd Nasrahen_US
dc.contributor.authorSyed Mohammad Syed Abdullahen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:06:27Z
dc.date.available2024-05-30T09:06:27Z
dc.date.issued2021
dc.descriptionProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysiaen_US
dc.description.abstractPengenalan- Menjadi mangsa buli di sekolah dalam sorotan kehidupan ketika kanak-kanak dan remaja menyumbang kepada isu kesihatan mental Gangguan Stress Pasca Trauma (Post traumatic Stress Disorder - PTSD). Jika tidak ditangani dari awal, pelbagai isu psikologikal yang lebih serius boleh berlaku seperti penyalahgunaan bahan samada dadah atau alkohol serta berkecenderungan membunuh diri kerana berpendapat ia membantu menghilangkan kesan trauma yang dihadapi. Ekoran daripada itu penglibatan pihak sekolah terutamanya kaunselor dan guru bimbingan kaunseling dilihat sangat penting bagi membendung masalah psikologikal mendatang di kalangan mangsa buli yang mengalami PTSD. Justeru, keperluan untuk mendapatkan pakar terlatih dan diiktiraf dalam kaunseling trauma merupakan perkara penting untuk merawat mangsa buli yang mengalami trauma. Kompetensi seseorang kaunselor hanya akan diperoleh melalui proses perkembangan ilmu dan kepakaran berkaitan trauma yang terkini. Objektif – Untuk mendapatkan maklumat awal tentang persepsi kaunselor terhadap gejala gangguan pasca trauma (PTSD) di kalangan remaja mangsa buli. Methodologi – Kajian tinjauan analisis keperluan dilaksanakan bagi mengenal pasti persepsi kaunselor terhadap isu PTSD mangsa buli. Seramai 161 orang kaunselor dari pelbagai institusi telah terlibat dalam kajian ini melalui teknik Pensampelan Mudah. Kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik telah diedarkan secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Form’. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis deskriptif melalui analisis kekerapan dan peratusan. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran kaunselor tentang isu PTSD mangsa buli berada di tahap baik (87.6%). Namun begitu, kesedaran dan pengetahuan kaunselor kurang terhadap isu-isu psikologikal yang memberi kesan kepada mangsa buli mengalami PTSD jika tidak dirawat. Disebabkan itu, mereka sukar untuk membina intervensi bersesuaian dan berkemahiran dalam menjalankan intervensi kaunseling terhadap klien PTSD mangsa buli. Kepentingan – Satu tindakan bagi menerapkan kesedaran, pengetahuan dan kecekapan kemahiran tentang PTSD mangsa buli di kalangan kaunselor khususnya di peringkat sekolah perlu dilaksanakan supaya mangsa buli tidak dipinggirkan tetapi dibantu agar mereka dapat mencapai psikologi yang sejahtera.en_US
dc.identifier.epage853
dc.identifier.isbneISBN: 9789674408855
dc.identifier.spage836
dc.identifier.urihttps://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/view
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18139
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFakulti Pengajian Bahasa Utama, USIMen_US
dc.relation.conferenceProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020)en_US
dc.subjectkaunselor, mangsa buli, PTSD, intervensi kaunselingen_US
dc.titlePersepsi Kaunselor Terhadap Gangguan Stress Pasca Trauma (PostTraumatic Stress Disorder) Mangsa Buli Di Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Persepsi Kaunselor Terhadap Gangguan Stress Pasca Trauma (PostTraumatic Stress Disorder) Mangsa Buli Di Malaysia.pdf
Size:
208.5 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: