Options
Skim Bantuan Zakat Mualaf: Satu Kajian Kontemporari di Wilayah Persekutuan
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2015
Author(s)
Azman, A.R
Irwan, M.S
Nuradli Ridzwan Shah, M.D
Mahazan, A.M
Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R
Rose Irnawaty, Ibrahim
Norlina Ismail
Abstract
Mualaf merupakan salah satu golongan asnaf yang memperolehi bahagian zakat selepas asnaf fakir, miskin dan amil sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran. Pengagihan zakat secara sistematik dapat memberi keadilan kepada golongan yang layak menerima bantuan zakat seperti asnaf mualaf. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam menguruskan dana zakat telah menyediakan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan ini. Persoalan yang timbul sama ada skim agihan zakat dan bantuan yang disediakan oleh MAIWP ini dapat memenuhi kesemua keperluan dan kehendak asnaf mualaf terutamanya di Wilayah Persekutuan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti skim-skim agihan zakat yang disediakan oleh MAIWP kepada asnaf mualaf. Skim-skim tersebut akan dinilai sama ada meliputi keperluan mualaf secara total berdasarkan realiti kehidupan terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini akan mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada skim-skim agihan tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kajian teks dan juga kajian lapangan bagi mendekati responden yang terlibat secara langsung dalam urusan pengagihan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa skim-skim agihan yang disediakan oleh MAIWP hampir melengkapi setiap keperluan asnaf mualaf. Analisa kajian mendapati masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dicadangkan. Kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan skim seperti skim pengurusan jenazah, Skim Simpanan Tabung Haji dan beberapa skim lain bagi memenuhi keperluan hidup serta memelihara kebajikan asnaf mualaf. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan dan� juga keperluan semasa asnaf mualaf terutamanya selepas cukai barang dan perkhidmatan atau Goods and Service Tax (GST) dilaksanakan bagi menambah baik skim agihan zakat sedia ada kepada asnaf mualaf dari semasa ke semasa.
File(s)
Loading...
Name
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_VOL 6_Skim bantuan Zakat Mualaf Satu kajian kontemporari di Wilayah Persekutuan.pdf
Size
297.89 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b74ef3f12df90f463db0644c078f16d3