Publication:
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran di Era Pra dan Pasca Endemik di Sekitar Selangor

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Tujuan kajian ini adalah untuk menerangkan sejarah pengajaran al-Quran di zaman Rasulullah serta titik perkembangan dakwah para sahabat. Di samping itu, menjelaskan beberapa isu berkait yang timbul di era pra dan pasca endemik. Seperti yang sedia maklum, tempoh pandemik telah memberi peluang dan menjadi asbab kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan begitu pesat bagi melancarkan urusan kerja pengguna termasuklah orang awam, pelajar sekolah serta mahasiswa universiti di serata dunia. Sebagai contoh, aplikasi Microsoft Teams, Zoom, Google Meet dan sebagainya. Kaedah yang digunakan ialah kajian perpustakaan dan temu bual. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting bagi pembelajaran dan pengajaran di era endemik ini. Secara tuntas, pengunaan ict sangat membantu khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Oleh hal yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) haruslah digunakan secara maksima terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di era pra dan pasca endemik.

Description

E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023

Keywords

Penggunaan ICT, Pengajaran, Pembelajaran, Era Pra dan Pasca Endemik

Citation

Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/

Collections