We value your input! Please help us improve by filling out our feedback form.
Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INSAN JUNIOR RESEARCHERS INTERNATIONAL CONFERENCE (iJURECON)
  5. 2024 iJURECON
  6. Hubung Kait Antara Hafazan Al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang
 
  • Details
Options

Hubung Kait Antara Hafazan Al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Daniel Iqbal Mohd Nazori
Universiti Sains Islam Malaysia 
Anas Mohd Lafzul
Universiti Sains Islam Malaysia 
Wan Nur Adira Safiah Wan Hazni
Universiti Sains Islam Malaysia 
Hana Humaira Yazmin Hizam
Universiti Sains Islam Malaysia 
Nurul Farhah Hamidi
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Kesedaran terhadap kelebihan menghafaz al-Quran mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi tahfiz, sama ada dikelola oleh kerajaan pusat, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), organisasi bukan kerajaan atau institusi tahfiz persendirian. Ekoran daripada perkembangan institusi tahfiz di Malaysia, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seterusnya pada tahun 2015, pelaksanaan KBT diperluas ke institusi-institusi tahfiz yang diasaskan oleh MAIN, JAIN dan Yayasan Negeri. Maka, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) turut dirangka pada tahun 2021 sebagai rujukan utama dalam memperkasa pendidikan tahfiz di Malaysia selari dengan pendidikan arus perdana. Di Pahang, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) antara institusi tahfiz yang menawarkan KBT kepada para pelajar tingkatan satu hingga lima. Mereka bukan sahaja perlu menamatkan hafazan al-Quran ketika di tingkatan tiga, tetapi turut diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sementara itu, pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran digalakkan untuk menduduki Ujian Syahadah 5 Juzuk, 10 Juzuk, 15 Juzuk, 20 juzuk, 25 Juzuk dan 30 Juzuk untuk memastikan tahap hafazan mereka ialah mutqin, iaitu kelancaran dalam hafazan al-Quran tanpa terdapat sebarang kesalahan. Oleh itu penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubung kait antara hafazan al-Quran dan pencapaian akademik para pelajar di MTNP berdasarkan keputusan Peperiksaan SPM. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis dokumen dan temu bual wakil alumni MTNP antara tahun 2021 hingga 2023. Implikasi kajian ini merumuskan bahawa menghafaz al-Quran perlu diberi perhatian sewajarnya kerana turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar.
Subjects

hafazan

syahadah

peperiksaan

akademik

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Hubung Kait Antara Hafazan Al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.pdf

Size

272.32 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):22513d09336e95b3e06d3352315c8edd

Loading...
Thumbnail Image
Name

Hubung Kait Antara Hafazan Al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.pdf

Size

272.32 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):22513d09336e95b3e06d3352315c8edd

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia