Options
Pengukuhan Pengajaran Aqidah Melalui Pendekatan Tazkiyyah al-Nafs dalam Kalangan Mualaf
Date Issued
2022
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Pengajaran aqidah yang sistematik dapat membantu keberkesanan kefahaman mualaf dalam subjek aqidah. Kefahaman aqidah akan melahirkan kefahaman ibadah di mana rohani seseorang mualaf itu sudah lebih kukuh dalam menghayati Islam secara menyeluruh. Banyak usaha ke arah pemantapan aqidah mualaf yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mualaf, Namun tahap kefahaman aqidah dalam kalangan mereka masih belum memuaskan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kandungan aqidah yang sesuai terhadap mualaf dan melihat kepentingan pendekatan tazkiyyah al-nafs dalam pembelajaran aqidah mualaf. Kajian mendapati bahawa kandungan aqidah perlu memenuhi kefahaman terhadap rukun Iman. Manakala pendekatan tazkiyyah al-nafs dalam pengajian aqidah melalui amalan zikir yang dicadangkan dapat mendidik dan mengawal tingkatan nafs dalam jiwa seorang muslim.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pengukuhan Pengajaran Aqidah Melalui Pendekatan Tazkiyyah al-Nafs dalam Kalangan Mualaf.pdf
Size
491.26 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5c146ef1404dbca84db5fda566a0af0b