Publication:
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penetapan Kadar Komisen Daripada Dana Awam Oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs): Ke Arah Pengurusan Patuh Syariah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Salah satu tujuan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah untuk melaksanakan pelbagai misi bantuan kemanusiaan. Ini bermakna, mereka berusaha untuk membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Aktiviti kutipan derma merupakan salah satu kaedah yang sering dilakukan oleh NGO untuk mendapatkan dana demi membantu golongan tersebut. Pada masa yang sama, mereka juga dibenarkan untuk mengambil sedikit komisen daripada kutipan dana orang ramai untuk menampung kos pengurusan organisasi mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan kadar komisen daripada dana awam. Selain itu, bagi mencadangkan garispanduan patuh syariah terhadap pengurusan komisen dana awam oleh NGO. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual separa berstruktur terhadap enam (6) buah pertubuhan NGO di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor yang mempengaruhi penetapan kadar komisen bagi lima (5) NGO iaitu; i) mengikut kadar upah amil zakat, ii) keputusan daripada pihak atasan, iii) rujukan kepada mufti, institusi zakat dan NGO-NGO lain dan, iv) berdasarkan kepada kos projek dan kos pengurusan. Terdapat satu (1) NGO yang tidak mengambil mengambil sebarang komisen daripada dana awam. Selain itu, wujud keperluan bagi penubuhan garispanduan patuh syariah terhadap pengurusan komisen daripada dana awam, yang berperanan sebagai rujukan kepada NGO-NGO lain pada masa akan datang.

Description

3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)

Keywords

Komisen, dana awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), pengurusan patuh syariah

Citation

Collections