Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Al-Ilam : Journal of Contemporary Islamic Communication and Media
  4. Pemerkasaan Wanita Muslim: Kajian Industri Media Kreatif Di Malaysia
 
  • Details
Options

Pemerkasaan Wanita Muslim: Kajian Industri Media Kreatif Di Malaysia

Journal
Al-ilam Journal of Islamic Communication and Media
Date Issued
2022
Author(s)
Siti Maziah Samsudin
Nur Kareelawati Abd Karim
Suria Hani A. Rahman
DOI
10.33102/jcicom.vol2no2.54
Abstract
Penglibatan wanita di dalam industri media kreatif di Malaysia dilihat semakin meningkat. Namun begitu, faktor seperti gender, budaya, agama, dan adat masyarakat setempat turut mempengaruhi pemerkasaan dan penglibatan wanita Muslim dalam industri media kreatif. Apatah lagi untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi sebagai penerbit rancangan, pengurus atau sebagai pembuat keputusan dalam industri media kreatif. Selain itu, kekurangan kajian empirikal dan data statistik yang berkaitan wanita dalam industri menyebabkan isu-isu berkaitan kebajikan dan peluang karyawan wanita dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Penggunaan konsep pemerkasaan wanita menurut perspektif Islam membantu penyelidik untuk memahami pengalaman harian pekerja wanita Melayu Muslim ketika bekerja. Justeru itu, kajian ini bertujuan menelusuri dan menyingkap penglibatan wanita dalam industri filem dan televisyen dengan mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti apakah strategi yang digunapakai untuk menghadapi cabaran. Bagi mencapai objektif, kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur bersama 20 wanita Melayu Islam yang bekerja dalam produksi filem dan televisyen. Informan yang ditemu bual adalah adalah terdiri daripada wanita yang sudah berkahwin, bujang dan ibu tunggal. Hasil daripada perbincangan bersama informan temu bual dianalisis menggunakan perisian Atlas.Ti 9 melalui kaedah analisis tematik. Hasil daripada kajian mendapati walaupun penyertaan kaum wanita dalam produksi televisyen dan filem semakin meningkat, namun isu seperti stigma dan persepsi negatif, ketidakstabilan kerjaya dan kehidupan, dan eksploitasi terhadap wanita masih lagi menjadi cabaran kepada mereka. Justeru itu, kajian mengenai isu pemerkasaan terhadap wanita seharusnya diperbanyakkan oleh sarjana tempatan bagi memastikan isu cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerja dalam industri media kreatif dapat diatasi. Dicadangkan untuk kajian berikutnya, pengkaji boleh mengkaji kepada aspek yang lebih meluas iaitu dengan menjalankan kajian kepada wanita tanpa mengira umur, agama dan budaya. Kajian mengenai wanita dalam industri penyiaran dan perfileman juga seharusnya sentiasa dikembangkan di Malaysia sebagaimana yang telah dijalankan di Barat.
Subjects

wanita, industri medi...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Pemerkasaan Wanita Muslim Kajian Industri Media Kreatif Di Malaysia.pdf

Size

633.74 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):f3a9a551b79a470f91d40d7f2ca15172

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia