Options
Analisis Hukum dan Fisibiliti Wakaf Muaqqat di Negeri Sembilan
Date Issued
2025
Abstract
Amalan wakaf telah diaplikasikan sejak dari zaman Rasulullah SAW dan dapat dilihat melalui perbuatan para sahabat serta umat Islam sehingga ke hari ini. Perundangan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di Malaysia termasuklah wakaf berpandukan kepada pandangan mazhab yang empat; Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali, yang memberi maksud wakaf hanya sah dilaksanakan secara kekal meliputi semua jenis wakaf. Hal ini telah memberi kesan kepada pengurusan pembangunan aset wakaf di masa akan datang. Justeru, kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan mekanisme bertempoh “muaqqat” diadaptasi dalam pengurusan wakaf sebagai salah satu sumber dana alternatif dalam pembangunan masa depan harta wakaf di Negeri Sembilan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah Analisis Kandungan (Content Analysis (CA). Data dianalisis menggunakan kaedah CA secara diskriptif, deduktif dan induktif dengan konsisten. Kaedah kepustakaan dan dokumentasi digunakan bagi mendapatkan elemen sokongan untuk memantapkan proses analisis hukum dan perundangan wakaf bertempoh, serta penderafan model perlaksaannya. Kajian ini turut disokong oleh kaedah analitikal yang akan digunakan untuk menganalisis dalil al-quran, sunnah dan pandangan sarjana Islam bagi mencapai konklusi yang jitu terhadap elemen wakaf bertempoh yang praktikal menurut konteks perlaksanaan wakaf di Malaysia. Hasil kajian mendapati wakaf bertempoh dibolehkan menurut pandangan mazhab Maliki dan sebahagian ulama mazhab Hanafi, sekaligus mampu meningkatkan produktiviti aset wakaf yang sedia ada serta dapat mengembangkan manfaatnya dengan sistematik dan lebih berdaya maju. Pengkaji menyarankan agar pihak Jabatan Wakaf dan Sumber Am (JWSA), Majlis Agama Negeri Sembilan (MAINS), dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan menyemak semula kerangka undang-undang dan fatwa yang berkaitan dengan hal ehwal wakaf sedia ada, agar dapat dilaksanakan secara bertempoh sebagai usaha alternatif untuk melestarikan pembangunan aset wakaf di Negeri Sembilan.
File(s)
Loading...
Name
Legal Analysis and Feasibility of Temporary Waqf in Negeri Sembilan.pdf
Size
878.37 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1253079ff0896fd5b4f0bdc8ef696cab