We value your input! Please help us improve by filling out our feedback form.
Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS)
  5. 2025 SAIS
  6. Membentuk Identiti Diri Remaja Era Digital: Analisis Pengaruh Media dan Teknologi Terhadap Jati Diri
 
  • Details
Options

Membentuk Identiti Diri Remaja Era Digital: Analisis Pengaruh Media dan Teknologi Terhadap Jati Diri

Date Issued
2025
Author(s)
Ahmad Fuad Mohamad Amin 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Nurul Atikah Anuar
Ahmad Zaki Mohamad Amin
Abstract
Perkembangan pesat media dan teknologi digital telah membawa transformasi signifikan dalam landskap sosialisasi remaja, khususnya dalam proses pembentukan identiti diri. Kajian ini bertujuan meneliti secara empirikal pengaruh media dan teknologi terhadap pembentukan identiti diri positif dalam kalangan remaja sekolah menengah di negeri Johor. Reka bentuk kajian mengaplikasikan pendekatan kaedah kuantitatif melalui pelaksanaan tinjauan berskala besar. Seramai 807 orang pelajar berusia antara 16 hingga 18 tahun dipilih secara persampelan berstrata untuk menjawab soal selidik berstruktur yang merangkumi dua instrumen utama: Inventori Tanggungjawab Diri Remaja (ITRM) dan Ego Identity Status (EMOIES). Dapatan kajian menunjukkan bahawa keterlibatan remaja dengan media dan teknologi adalah terkawal, reflektif dan berpandukan nilai yang mampu memperkukuh pembentukan identiti diri yang positif dengan mencatat skor min yang tinggi secara keseluruhan (min=3.78). Ini termasuk aspek tanggungjawab kendiri, kestabilan emosi dan kejelasan arah hidup remaja. Sebaliknya, pendedahan tidak berstruktur kepada kandungan digital negatif berpotensi menjejaskan integriti identiti dan perkembangan psikososial remaja dengan mencatat skor min sederhana (min=3.41). Kajian ini menggesa sinergi antara institusi pendidikan, keluarga dan pembuat dasar dalam merangka intervensi berasaskan literasi digital yang bersifat holistik agar tidak mudah terjerat dengan isu salah laku berasaskan digital. Implikasi kajian ini memperkaya wacana akademik berkaitan psikologi perkembangan remaja dalam era teknologi digital, sekali gus menawarkan kerangka strategik ke arah pembangunan generasi anak muda beridentiti kukuh dan mempunyai daya tahan yang tinggi.
Subjects

Media dan teknologi

identiti

psikologi perkembanga...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Membentuk Identiti Diri Remaja Era Digital.pdf

Size

401.53 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):a5f4b5c8ecf6c8fed5ba51863e583fa7

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia