Options
Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Ict) Dalam Menyampaikan Dakwah Islam: Peranan Program Realiti Dakwah di Malaysia pada Era Kontemporari
Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Nukman Bin Romli
Ibrahim Bin Che Harun
Muhammad Najdi Bin Mohd Najib
Sukhairu Bin Sulaiman
Abstract
Dakwah merupakan usaha menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat dengan tujuan meningkatkan kesedaran, dan keimanan umat. Dalam menghadapi realiti kontemporari, penggunaan platform digital menjadi kunci dalam menyampaikan pesanan keagamaan kepada masyarakat dengan lebih meluas. Kajian ini menyelidik penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam menyampaikan dakwah Islam, dengan fokus kepada peranan program realiti dakwah di Malaysia pada era kontemporari. Latar belakang kajian menyoroti pentingnya dakwah dalam meningkatkan pemahaman, kesedaran, dan keimanan umat Islam, serta bagaimana penggunaan teknologi masa kini, khususnya teknologi informasi dan media sosial. Permasalahan kajian merungkai cabaran dan peluang yang muncul seiring dengan kemajuan teknologi, serta perluasan dakwah melalui platform digital di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis keberkesanan penerapan ICT dalam program realiti dakwah, mengidentifikasi faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap dakwah digital, dan mengkaji peranannya dalam meningkatkan pemahaman agama. Metodologi kajian melibatkan analisis kandungan program realiti dakwah serta analisis terhadap kajian lepas yang melibatkan tinjauan mendalam terhadap kajian-kajian terdahulu berkaitan dengan program realiti dakwah. Dapatan kajian diharapkan memberikan pandangan mendalam terhadap keberkesanan penerapan ICT dalam dakwah Islam di Malaysia. Kesimpulan kajian merangkumi penilaian kesan positif dan cabaran dalam penerapan ICT dalam menyampaikan dakwah, serta cadangan untuk peningkatan dan penyesuaian dalam era kontemporari ini. Kajian ini memberikan sumbangan kepada pemahaman tentang bagaimana teknologi dapat diterapkan dengan lebih efektif dalam usaha menyampaikan pesan agama kepada masyarakat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Ict) Dalam Menyampaikan Dakwah Islam Peranan Program Realiti Dakwah di Malaysia pada Era Kontemporari.pdf
Size
331.22 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):79a03bf5f3ec987a2edfd8c7422dc457