Options
Keperluan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Sebagai Medium M-Pembelajaran Bagi Subjek Ulum Hadis
Journal
e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi
ISSN
2289-7909
Date Issued
2025-12-20
Author(s)
Suriani Sudi
Siti Mursyidah Mohd. Zin
Nor Musliza Mustafa
Rosni Wazir
Nur Saadah Khair@Hamisan
Farhah Zaidar Ramli
DOI
10.53840/ejpi.v12i4.293
Abstract
Kemajuan teknologi telah merevolusikan landskap pendidikan melalui pengenalan pembelajaran dalam talian, membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan tanpa kekangan lokasi, dikenali sebagai m-pembelajaran. Seiring itu, perkembangan pesat teknologi maklumat turut membuka ruang inovasi dalam pengajian Islam, khususnya dalam bidang hadis. Kajian ini dijalankan untuk menilai keperluan pembangunan aplikasi mudah alih sebagai medium m-pembelajaran bagi subjek Ulum Hadis. Tinjauan melibatkan 231 pelajar yang mengambil subjek Ulum Hadis di Universiti Islam Selangor (UIS), dengan data dianalisis menggunakan SPSS melalui analisis deskriptif seperti skor peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan wujud keperluan signifikan terhadap aplikasi digital yang interaktif, mesra pengguna dan mampu memberikan akses mudah kepada rujukan Ulum Hadis. Kajian ini menegaskan bahawa m-pembelajaran bukan sahaja berpotensi meningkatkan kefahaman pelajar, malah dapat memperkukuh penguasaan ilmu hadis melalui integrasi teknologi mudah alih. Justeru, pembangunan aplikasi ini diharap dapat menyokong transformasi pendidikan Islam agar kekal relevan dengan keperluan abad ke-21.
File(s)
Loading...
Name
Keperluan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Sebagai Medium M-Pembelajaran Bagi Subjek Ulum Hadis.pdf
Size
421.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b7c53888377b72cbd93a11f977bdc005