Options
Kajian Tematik Tentang ‘Bintang’ Dalam Perspektif Hadis Berdasarkan Kutub Sittah
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Mohd Asmadi Yakob
Thuraya Ahmad
Nur Nafhatun Md Shariff
Zety Sharizat Hamidi
Abstract
Salah satu objek yang terdapat di langit dan banyak kali disebut dalam hadis ialah bintang-bintang. Sungguhpun bintang-bintang sangat jauh, namun dalam kehidupan seharian, bintang-bintang amat dekat dengan manusia. Ini kerana kita biasa menggunakan istilah-istilah ‘bintang’ seperti ‘bintang hati’,
‘bintang popular’, ‘bintang filem’ dan sebagainya. Kebanyakan perkataan ‘bintang’ digunakan dengan
makna majazi dan jarang digunakan dengan makna hakiki. Perkataan bintang juga seringkali digunakan untuk menunjukkan kepada kehebatan, ketinggian atau keutamaan. Dalam hadis Nabawi, terdapat beberapa kalimah yang boleh diterjemahkan sebagi bintang seperti al-Najm, al-Nujūm, al-Kawkab, al-Kawakib dan al-Thurayya. Dari segi tematik, lafaz yang merujuk kepada makna bintang itu dibincangkan oleh Rasulullah SAW dari pelbagai sudut samada ianya berkaitan dengan akidah, analogi atau kadangkala penggunaan tersebut mempunyai implikasi hukum yang tersendiri. Justeru itu, kertas kerja ini mengumpul dan menganalisis hadis-hadis Rasulullah SAW dalam Kutub Sittah berkaitan dengan bintang-bintang dari sudut makna dan tema. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini mendapati terdapat sejumlah hadis yang membincangkan tentang bintang-bintang dalam beberapa tema utama sama ada dalam bentuk maknanya secara hakiki atau secara majazi.

File(s)
Loading...
Name
BM025 - Kajian Tematik Tentang ‘Bintang’ Dalam Perspektif Hadis Berdasarkan Kutub Sittah.pdf
Description
Kajian Tematik Tentang ‘Bintang’ Dalam Perspektif Hadis Berdasarkan Kutub Sittah
Size
598.91 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):91c741d086f805c5bb1a9daae6216b38