Publication:
Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkan al-Solat

dc.contributor.authorMuhammad Farid Wajdi Abdul Rahimen_US
dc.contributor.authorMohd Anuar Mamaten_US
dc.contributor.authorSyed Salim Syed Shamsuddinen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:43:37Z
dc.date.available2024-05-30T01:43:37Z
dc.date.issued2021
dc.date.submitted2021-12-2
dc.description.abstractKedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa. Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ribuan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama. Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab Jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh Jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh Jawi. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuwan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu.en_US
dc.identifier.doi10.33102/sainsinsani.vol6no1.209
dc.identifier.epage10
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage1
dc.identifier.urihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/164
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15073
dc.identifier.volume6
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUSIM Pressen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insanien_US
dc.subjectKitab Fiqh Jawi, Arkan al-Ṣolat, Alam Melayu, Kajian Manuskripen_US
dc.titlePengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkan al-Solaten_US
dc.title.alternativeThe Influence of Malay-Fiqh Books in Malay World: An Introduction to the Manuscript of Arkan al-Solaten_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
141. Pengaruh Kitab Fiqh Jawi Di Alam Melayu-Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān Al-ṣolāt Mss4601(a).pdf
Size:
435.96 KB
Format:
Adobe Portable Document Format