Options
Penggunaan Ubat Prep Kepada Golongan Homoseksual: Suatu Analisis Berdasarkan Fiqh Al-Aulawiyyat
Date Issued
2025
Author(s)
Nurhidayah binti Ramli
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Penularan HIV/AIDS merupakan ancaman kesihatan awam yang serius, khususnya dalam kalangan individu yang mengamalkan hubungan sesama jenis (homoseksual). Sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) kepada individu berisiko tinggi. Namun, timbul perdebatan mengenai kesesuaian pemberiannya kepada golongan homoseksual memandangkan perlakuan tersebut diharamkan dalam Islam. Kajian ini menganalisis aplikasi Fiqh al-Aulawiyyat dalam isu ini serta menilai kedudukan hukumnya menurut perspektif Islam. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen fiqh, fatwa dan laporan kesihatan, kajian mendapati bahawa meskipun PrEP berkesan dari sudut pencegahan, pemberiannya kepada pengamal homoseksual menimbulkan kebimbangan syariah. Penerapan prinsip Fiqh al-Aulawiyyat dan kaedah “al-darar la yuzal bi al-darar” menunjukkan bahawa pemberian PrEP boleh menyumbang kepada normalisasi perlakuan yang bercanggah dengan syariat. Kajian menyimpulkan bahawa dalam konteks tertentu, kemudaratan moral yang mungkin timbul melebihi manfaat fizikal yang diharapkan daripada pemberian PrEP.
File(s)
Loading...
Name
Penggunaan Ubat Prep Kepada Golongan Homoseksual Suatu Analisis Berdasarkan Fiqh Al-Aulawiyyat.pdf
Size
667.84 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c5decc2553f22bba183126f8bd0e1b6b